web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tonton Konsert Hujan 16 Tahun Secara Maya November Ini

Konsert Hujan 16 Tahun akan mengembalikan nuansa muzik indie dan semangat riot ‘Raingers’ yang selama ini merindui persembahan Hujan secara langsung. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas hampir dua tahun ‘berhibernasi’, band indie paling berpengaruh di Malaysia, Hujan akan Kembali beraksi menerusi konsert Hujan 16 Tahun.

Dianjurkan oleh LOL Asia, konsert yang bakal diadakan di PJ PAC ini akan menyaksikan antalogi 16 tahun perjuangan, jatuh bangun mereka dalam dunia seni yang dirangkumkan dalam empat malam dengan tema berbeza. 

Apa yang pasti, konsert Hujan 16 Tahun ini akan mengembalikan nuansa muzik indie dan semangat riot peminat mereka terutamanya ‘Raingers’ yang selama ini merindui untuk menyaksikan persembahan Hujan secara langsung. 

“Atas permintaan ramai, kami sedia membawa Hujan 16 Tahun secara maya dan kami membuatnya serapat yang boleh dengan persembahan sebenar seolah penonton berada di lokasi persembahan.

"Persembahan secara maya diterbitkan selepas konsert untuk membenarkan kami mengemaskini audio dan visual sekali gus memberikan penonton pengalaman yang berkualiti tinggi,” jelas Rizal Kamal, Pegawai Eksekutif LOL Asia. 

Menyingkap kembali sejarah perjalanan kumpulan Hujan, semuanya bermula dengan perkongsian di laman media sosial, MySPace. Hujan yang dianggotai Noh Salleh, AG Coco, Ambobzeela dan Izzat Uzaini telah berjaya mencipta nama serta mendapat tempat di hati peminat mereka sejak 2005.

Hujan lahir bersama nafas baru, menjadi pelangi dalam persada muzik lokal. ‘Pagi Yang Gelap’, ‘Mencari Konklusi’, ‘Muda’, ‘Aku Skandal’ dan banyak lagi lagu hit mereka sering menguasai carta radio tempatan sekali gus menjadi fenomena serta siulan anak muda. 

Selama 16 tahun, enam buah album studio telah dihasilkan, dua EP dan beberapa siri jelajah dalam serta luar negara. Hujan telah berjaya mengubah landskap industri muzik dengan cara mereka yang tersendiri.

“Persembahan secara maya tidak kurang menarik kerana boleh dipasang di televisyen dan dinikmati bersama keluarga serta sahabat handai. Konsert maya di rumah juga amat selesa, selamat dan lebih murah berbanding persembahan secara langsung.

"Inilah kelebihan kami mengikut perkembangan semasa, memberikan pilihan untuk semua Raingers berhibur tak kira walau dimanapun mereka berada,” jelas pengurus Hujan, Ahmad Ariffin.

Terkenal sebagai sebuah band penuh attitude, dinamik, solid dan energetik ketika beraksi di atas pentas, sudah pasti Hujan 16 Tahun ini akan menjadi konsert paling dinantikan selepas kejayaan konsert Hujan 10 Tahun pada 2015. Apatah lagi ini adalah persembahan pertama Hujan pasca COVID-19.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Konsert Hujan 16 Tahun ini secara maya di rumah atau di mana sahaja anda berada. Tiket boleh didapati di www.wearelive.asia dan akan ditayangkan secara terhad setiap hujung minggu sepanjang November. - Getaran, 27 Oktober 2021.

Foto: Instagram @hujanband & Google

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN