web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Oct 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Keliru' - Lil J & Ara Johari 

Setelah kerap muncul dengan lagu berentak balada rock, penyanyi bersuara lantang dan bekas pemenang tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke-33, Ara Johari kini muncul dengan sesuatu yang agak berbeza. Tampil dengan sebuah karya baharu berjudul ‘Keliru’, lagu berentak hip hop ini menggabungkan vokal nyanyian Ara bersama penyanyi rap yang semakin meningkat naik Lil J. Lebih menarik lagi, lagu ini hasil ciptaan ikon hip hop legenda Malique bersama dengan seorang lagi bintang yang mula membina nama Siqma dengan lirik oleh mereka berdua sendiri bersama Muhaimin. Korusnya yang mudah diingati berkat nyanyian Ara memberi peluang lagu ini untuk kekal dalam ingatan jika diberikan putaran yang lebih tinggi. Ditambah dengan gaya rap Lil J yang ada identiti sendiri, Keliru mungkin mampu membekas di hati peminat. 

'Ternyata Bukan Aku' - Nidza Afham

Sebuah lagi karya ciptaan komposer tersohor Sharon Paul mewarnai pasaran muzik Malaysia lewat karya berjudul 'Ternyata Bukan Aku' dendangan pendatang baru dan bekas peserta rancangan realiti ‘I Can See Your Voice’ musim ketiga, Nidza Afham. Mendapat lirik sentuhan Que Afiq, lagu ini ada sedikit nuansa balada pop Indonesia berkat melodinya yang tidak terlalu sarat dan alunan vokal merdu penyanyinya. Memberi penekanan kepada suara Nidza sendiri, lagu ini mungkin perlu bersaing dengan beberapa karya lain sebelum ini yang mempunyai konsep dan irama yang serupa. Walau bagaimanapun ia satu percubaan yang baik oleh Nidza dan para penciptanya. 

'Kekasih' - Aiman Sidek x Aniq Muhai x Alif Azhari   

Sebenarnya sekali saya mendengar karya ini, ada sesuatu yang membuat saya ingin terus mendengarnya sehingga ke penghujung. Adakah kerana instrumen yang digunakan ataupun ‘suasana’ lagu ini sendiri, atau mungkin persamaannya dengan projek lain yang pernah saya dengari. Sejujurnya saya masih kurang pasti. Namun 'Kekasih' nyanyian tiga nama baru iaitu Aiman Sidek, Aniq Muhai dan Alif Zaahari ini ada tarikan tersendiri. Dicipta oleh Aiman Sidek sendiri dengan lirik sentuhan Fedtri Yahya bersama Aiman juga, 'Kekasih' mempertaruhkan sedikit suntikan rock dalam muziknya biarpun ia pada dasarnya adalah sebuah balada. Susunan iramanya yang menggunakan bunyian gitar elektronik membina kemuncak lagu dan pada saya membuat ia berpotensi menjadi lagu yang disukai oleh penggemar genre sedemikian. Jika mendapat saluran promosi yang betul di corong-corong radio, ia mungkin akan menjadi ‘kekasih’ telinga anda juga. Syabas kepada semua yang terlibat. 

'Gaji' - YK & Sheron Tan

Sebaik sahaja lagunya dimainkan saya seperti ingin ikut menari melayan melodinya yang begitu menghiburkan. Lagunya rancak, moden dan ada sedikit suntikan ‘old school’ yang mengingatkan saya pada era disko dan 70-an. Sungguhpun berpaksi pada irama hip hop berkat nyanyian rap YK yang sangat unik ia diserikan pula dengan vokal comel Sheron Tan, seorang vokalis asal Sabah, Malaysia. Sebuah lagi karya terbitan bumi Temasek yang tidak menghampakan, saya yakin peminat di Malaysia akan menyukai lagu ini jika ia dimainkan di radio-radio tempatan. Dengan pesanan lagu tentang sesuatu yang universal iatu ‘gaji', lagu ciptaan penuh Amyr Abadawn serta YK Young Khalifa ini sendiri sememangnya sebuah lagi karya Singapura yang berkualiti. Diharap akan ada lebih banyak lagi projek seumpama ini daripada mereka.

'Khilaf' - Faizul Razali 

Karya kegemaran saya dari senarai minggu ini jatuh kepada lagu asal Brunei berjudul 'Khilaf' dendangan Faizul Razali. Dicipta oleh Faizul Razali bersama Fadil (A Band once) dan lirik oleh Faizul Razali sendiri, balada ini menyengat hati kerana melodinya yang sangat mudah dan tidak berlebihan. Disulam dengan vokal Faizul nan merdu, ia seolah-olah saling melengkapi. Dibuka dengan kelibat petikan gitar yang perlahan-lahan membina momentum lagu, ia kemudian disusuli suara Faizul yang sangat indah dan memberikan impak yang lebih besar pada karya ini. Malah korusnya juga tidak seperti yang sering dipamerkan oleh kebanyakan lagu Melayu yang lain, dan ini membuat projek ini sesuatu yang harus dibanggakan. Semoga lebih banyak karya dari Brunei memasuki pasaran muzik Malaysia. - Getaran, 20 Oktober

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN