web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Boyz’ melakar legasi Jesy Nelson 

Jesy Nelson tidak mahu lagi dibayangi personaliti dan genre muzik dahulu.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 8:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun sudah sedekad kukuh bersama kumpulan Little Mix, Jesy Nelson kini mengorak langkah sebagai artis solo dengan mempertaruhkan debut lagu pertamanya berjudul ‘Boyz’. 

Menurut Jesy, ia merupakan salah satu keputusan terbesar dalam hidupnya malah yang terbaik buat diri dan kesihatan mentalnya.

Fakta menarik, lagu ini mengambil sampel muzik dari lagu keluaran penyanyi rap, Diddy, berjudul ‘Bad Boy For Life’. Bukan itu sahaja, lagu ini juga merupakan hasil kerjasama antaranya bersama penyanyi rap ternama, Nicki Minaj dan Diddy.

Jesy mengakui bahawa kolaborasi mereka berjaya membawakan lagu ‘Boyz’ ke tahap yang lebih tinggi. Malah, projek ini telah memupuk semangat dan motivasi dalam dirinya untuk terus mengejar impian.

“Kolaborasi ini telah memberikan satu semangat luar biasa untuk saya terus melakar nama dalam industri muzik dan mengajar saya agar tidak berputus asa jika berdepan dengan sesuatu musibah.

“Walaupun karier sebagai penyanyi solo baharu sahaja bermula, saya yakin mampu meraih kegemilangan,” jelasnya.

Mungkin ramai tertanya kenapa muzik Jesy kali ini menyimpang jauh daripada genre terdahulu?

“Ya, ramai lebih mengenali saya sebagai penyanyi lagu pop dan balada. Namun, saya sebenarnya lebih meminati genre hip hop dan R&B era 90-an kerana membesar dengan muzik tersebut. 

“Rentak bunyi muzik era ketika itu juga banyak memberi inspirasi dan impak pada karya saya hari ini. Saya berasa lega dan puas hati kerana dapat mereliasasikan impian yang sudah lama terpendam,” katanya.

Meskipun video muzik lagunya baru sahaja dilancarkan pada 8 Oktober lalu, ia mendapat sambutan hebat apabila meraih lebih 6 juta tontonan di YouTube.

Sesuai dengan judulnya, ‘Boyz’ mengisahkan tentang kecenderungan Jesy untuk mencintai ‘bad boy’. 

Menurut Jesy, kini dia lebih bebas berkongsi cerita yang mahu disampaikan malah dapat menonjolkan identiti dirinya yang sebenar kepada para peminat.

"Saya bersyukur dapat menjadi sebahagian kumpulan Little Mix selama ini. Oleh itu, saya tahu ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Pemikiran itu telah membuat saya sedar bahawa tiba masanya untuk saya menjadi apa yang saya mahukan selama ini iaitu seorang penyanyi R&B dan Hip Hop.

“Saya tidak mahu lagi bersembunyi di belakang personaliti lama yang tidak tepat menggambarkan diri saya yang sebenar. Saya mahu buktikan kepada dunia bahawa saya mampu berdiri sendiri dengan bakat yang dikurniakan oleh Tuhan. 

“Kini saya berasa lebih bebas membuat apa-apa keputusan bahkan mempunyai ruang sendiri untuk menunjuk sisi saya yang belum pernah dilihat publik,” tambah Jesy. 

Single terbaharu Jesy Nelson berjudul ‘Boyz’ boleh didengar di pelantar penstriman Spotify dan Apple Music. - Getaran, 13 Oktober 2021

Semua gambar: Universal Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 tahun yang lalu

Belum Debut, The Gadys Kaut 1 Juta ‘Likes’ di TikTok

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Siapa Tutup Lampu?', Dari Teater Ke Layar Lebar

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Album Baharu Kumpulan TRI.BE Lebih Dinamik, Memukau!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN