web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Indigital Music Cari Pengganti Siti Sarah Bawakan Lagu Naim Daniel 

Pelbagai halangan terpaksa dihadapi Indigital Music sehingga penyanyi Siti Sarah Raisuddin tidak sempat menyiapkan rakaman suara untuk lagu solo baharunya, 'Sudah' ciptaan Naim Daniel. 

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 2:42PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun berjaya melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan secara pembedahan dalam keadaan bertarung nyawa dan sedang ditidurkan, namun penyanyi Siti Sarah Raisuddin tidak sempat menyiapkan rakaman suara untuk lagu solo baharunya, 'Sudah' ciptaan Naim Daniel. 

Perkara ini telah didedahkan Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohd Rom kepada portal Getaran apabila disoal tentang urusan kerjaya seni Siti Sarah yang tertangguh di label itu selepas meninggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat COVID-19.

Nana
Nana

Menurut Nana yang juga pengurus Siti Sarah, projek lagu 'Sudah' itu sudah pun tertangguh selama dua tahun. 

“Siti Sarah memang minta Naim Daniel bikin lagu untuknya dan entah bagaimana Naim setuju kerana seperti yang kita tahu, Naim tidak pernah buat lagu untuk penyanyi lain.

“Sepatutnya, Lok U yang jadi produser untuk lagu ini tetapi beliau menginggal dunia. Kami dapatkan pula khidmat komposer Indonesia, Irwan Simanjuntak. Malah, kami sudah pun berbincang mengenai susunan muzik itu dengan Irwan. 

“Malangnya disebabkan COVID-19 tahun lepas, kami tidak tidak dapat ke sana dan proses rakaman suara Siti Sarah untuk lagu ini juga tidak dapat di buat di sana. 

“Akhirnya kami ambil keputusan untuk buat sahaja rakaman suara di sini dan terus luncurkan lagu itu. Namun, apabila difikirkan semula, kami rasa tidak sesuai 'Sudah' dikeluarkan pada waktu PKP,” katanya. 

Menurut Nana lagi, pada awal Mac tahun ini, pihaknya kembali berbincang dengan Siti Sarah untuk meneruskan projek lagu itu.

“Demi menjayakan rakaman suara untuk lagu ini, Siti Sarah masuk semula kelas vokal dengan Cikgu Syafinaz. Kemudian PKP sekali lagi dikuatkuasakan dan macam-macam halangan berlaku malah kita juga tidak dibenarkan rentas daerah. 

“Kemudian Siti Sarah hamil. Kami terpaksa tangguh projek ini lagi dan cuba tunggu enam bulan lagi. Ini kerana, selalunya selepas enam bulan, keadaan wanita yang hamil lebih stabil dan ia juga atas permintaan Siti Sarah.  

“Kami pula yang tidak sampai hati melihat keadaannya yang sedang sarat hamil. Akhirnya selepas Siti Sarah pergi, lagu itu tidak punya penyanyi. 

“Kami cuba juga cari beberapa pengganti tetapi tidak berjaya kerana berdepan dengan pelbagai faktor.  Antaranya, mereka punya projek lain, ada yang bernaung dengan label lain dan bermacam-macam lagi. 

“Akhirnya, kami putuskan untuk cari penyanyi Indonesia. Shuib juga kata teruskan. Jadi, kita sedang tunggu penyanyi dari Indonesia yang bakal membawakan lagu 'Sudah',” katanya. - Getaran, 11 Oktober 2021


Gambar: Fail Getaran, Instagram Siti Sarah dan  Nana Mohd Rom

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Walau Konsert Terpaksa Ditangguhkan, Hael Husaini Hadiahkan Peminat Dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

2

Indie 3 tahun yang lalu

Eksperimentasi Muzik Benzooloo Dalam 'Timbang Seni'

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ambil Aura Najwa Latif, 'Malu' Nyanyian Syafiq Naser Buat Peminat Terkenang Cinta Monyet

4

Muzik 3 tahun yang lalu

“Semua Pernah Bercinta...” Syahmi Irfan Pertaruh Lagu Ciptaan Sendiri, ‘Lagi-Lagi Sayang’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN