web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Angel Baby’ Simbol Magis Percintaan

Troye Sivan hadir dengan single terbaharunya ‘Angel Baby’ khusus buat mereka yang sedang bercinta dan ingin dicintai.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 4:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkenal dengan karya muzik yang menyayat hati, kini penyanyi dan penulis lagu, Troye Sivan mempertaruhkan single terbaharunya ‘Angel Baby’ setelah melancarkan album mininya, In A Dream tahun lalu.

Menurut Troye, lagu ini adalah satu simbol perayaan cinta serta peringatan buat semua agar tidak berputus asa untuk mencari teman sejiwa dalam hidup ini. 

“'Angel Baby', adalah satu cara saya mengingati kembali betapa indah dan magisnya sebuah percintaan. Malangnya lagu ini bukan realiti kisah romantik saya buat masa ini dan hanya merupakan fantasi semata-mata.

“Ya, saya juga ingin mencintai dan dicintai oleh seseorang yang mahukan ‘cinta abadi’. Mungkin bukan sekarang, tetapi saya percaya ‘dia’ akan hadir satu hari nanti,” katanya dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini.

‘Angel Baby’ menampilkan gaya muzik era 80-an dan disulami dengan latar bunyi retro synth-pop.

“Saya mengambil inspirasi beberapa kenangan muzik pada zaman kecil saya.

“Saya dibesarkan dengan muzik-muzik kegemaran ibu bapa saya. Bapa saya juga sering memasang DVD dan kaset VHS konsert kumpulan kegemarannya. Oleh itu, pengaruh muzik mereka yang pelbagai telah mendedahkan saya kepada dunia seni seterusnya membuatkan saya mempunyai kecenderungan terhadap seni muzik saya tersendiri.

“Karya-karya yang dihasilkan oleh kumpulan Toto antara yang pertama saya dengar. Jadi, jika dengar lagu ini secara teliti anda akan perasan ada gaya muzik mereka bercampur dengan muzik kontemporari serta gaya khas saya. 

“Saya ingin menghasilkan bunyi muzik menarik yang melekat di ingatan pendengar sambil membawakan mesej positif dan memberi impak besar.

Troye merujuk kepada album sulungnya yang dikeluarkan pada 2015 sebagai sumber inspirasi.

“Bagi saya lagu ini adalah album Blue Neighbourhood yang diperbaharui.

“'Angel Baby' menampilkan sisi saya yang lebih matang dan yakin berbanding karya-karya yang dihasilkan sebelum ini. Ia juga menggambarkan perkembangan ‘artistry’ saya dalam industri ini. 

“Dahulu saya perlu melemparkan sejuta idea untuk melihat apa yang sesuai dengan saya. Sekarang, saya tahu apa yang saya suka dan tidak suka. Ia membuatkan saya tampil lebih selesa dan yakin terhadap apa yang ingin disampaikan dalam sebuah lagu,” jelasnya.

Mengimbas kembali perjalanannya dalam dunia muzik, Troye sempat merakamkan penghargaan kepada para peminat yang telah menyokongnya selama ini terutama mereka yang kekal di sisinya sejak zaman YouTube lagi.

"Saya mula membuat video lagu saduran di YouTube ketika berusia 12 tahun dan sekarang saya berusia 26 tahun. Jadi sudah 14 tahun saya mengejar impian dan minat saya. 

“Tanpa dorongan dan sokongan para peminat di laman sosial itu, saya tidak akan pergi sejauh ini. Saya sangat menghargai mereka kerana terus bertahan dan menyokong saya sehingga hari ini. 

“Saya paling gembira ketika menulis lagu. Bila saya mengalami hari yang sedih, saya akan terus pegang pen dan tulis apa yang dirasai ketika itu. Ia akan buat saya rasa lebih lega seakan satu beban telah hilang.

"Dengan muzik, saya dapat menjelaskan isi hati saya yang sebenar tanpa apa-apa halangan. Ia seakan membawa seseorang itu masuk ke dalam otak saya dan menunjukkan mereka apa yang saya rasakan,” tambahnya.

Selain muzik, Troye juga berjinak-jinak dengan dunia lakonan dan fesyen. Untuk pengetahuan semua, dia pernah membintangi sebuah filem bertajuk Boy Erased bersama barisan pelakon ternama Hollywood seperti Nicole Kidman, Russell Crowe, Joel Edgerton dan ramai lagi. 

Malah Troye turut terpilih berjalan di pentas pertunjukan fesyen Rihanna, Savage x Fenty 2021 dan menghadiri acara Met Gala baru-baru ini.

Single terbaharu Troye Sivan berjudul ‘Angel Baby’ boleh didengar di semua pelantar penstriman muzik seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 6 Oktober 2021

Semua gambar: Universal Music 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Muna Shahirah Dedah Jana Pendapatan Enam Angka Sebagai Gamers! 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN