web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Enam Bulan Lagi Industri Muzik Bernafas Lagi - RIM

RIM telah membuat beberapa perancangan demi memastikan industri ini dapat hidup kembali termasuklah mengadakan lagi Carta RIM di radio serta penganjuran semula Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM).

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 8:58AM

Gambar Hiasan

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pembukaan semula sektor industri kreatif negara ternyata memberi nafas lega kepada ramai pengamal serta pemain industri kreatif khususnya industri muzik.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata, berita pembukaan semula sektor industri kreatif negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu memang sangat  dinantikan kerana ia akan membuka laluan untuk pemulihan industri muzik tempatan secara beransur-ansur.

“Dalam tempoh 6 bulan akan datang, kami menjangkakan bahawa akan wujudnya penganjurannya konsert secara live diadakan sama ada secara hybrid atau maya. 

“Ini disebabkan adanya dana-dana yang disediakan oleh MyCreative Ventures untuk para pengamal industri muzik mengadakan acara-acara live

“Pada waktu yang sama, industri juga sudah berupaya untuk mengutip royalti daripada persembahan-persembahan awam berikutan beberapa premis yang memutarkan muzik sudah mula beroperasi,” katanya ketika dihubungi portal Getaran. 

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim
Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim

Menurut Rosmin lagi, penjualan muzik menerusi penstriman digital masih lagi berterusan dan mujurlah platform digital telah mengambil tempat jualan secara fizikal dan mengubah landskap industri muzik secara total. 

“Jika tidak, bayangkanlah bagaimana industri ini akan mampu bertahan pada waktu pandemik? Setidak-tidaknya, industri dapat juga meraih pendapatan menerusi platform penstriman digital dan YouTube. 

“Namun begitu, memang ada penurun dari sudut pendapatan yang diraih daripada digital berikutan kurangnya pengiklanan di platform seperti YouTube. 

“Akan tetapi, wujud juga pendapatan alternatif yang dikumpulkan melalui Facebook dan Tiktok. Kita dapat meraih pendapatan menerusi pengiklanan serta lagu-lagu dan video yang digunakan di Facebook,” katanya. 

Bagi pihak RIM pula, kata Rosmin, mereka telah menyusun beberapa perancangan untuk memastikan industri ini dapat digerakkan mengikut hala tuju yang ingin dicapai. 

“Antaranya ialah bekerjasama dengan Astro Radio untuk mengadakan kembali Carta RIM serta penganjuran semula Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) yang sudah bertahun tidak diwujudkan.

“Buat masa ini, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut mengenai AIM tetapi jika semuanya berjalan seperti apa yang dirancang ia mungkin akan diadakan pada suku pertama atau suku kedua tahun hadapan. 

“Banyak perkara yang harus diambil kira terhadap penganjuran ini dan perancangannya juga harus dimulakan dari sekarang. Kita mungkin akan mengadakannya secara hybrid tetapi dalam jumlah penonton yang sedikit kerana masih perlu mematuhi segala SOP yang ditetapkan pada ketika itu.

“Kita juga perlu memastikan apakah kaedah terbaik untuk menganjurkan semula AIM kerana sudah banyak tahun ia tidak diadakan,” katanya. 

Sambung Rosmin lagi, mereka juga dalam perancangan bekerja sama dengan Persatuan Penerbit Muzik Wilayah Persekutuan dan Selangor (MPA) untuk mengadakan projek pertandingan mencipta lagu bagi menggalakkan lagi penciptaan lagu di kalangan mereka yang berminat.

“Projek ini juga berbentuk amal dan sebahagian duit hasil daripada proses bidaan akan digunakan untuk membantu penggiat-penggiat industri yang bergelut dengan kesusahan dan kesulitan sepanjang pandemik COVID-19 ini. 

“Dalam pada itu, kita akan membuat susulan dengan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk mengetahui perkembangan selanjutnya tentang penubuhan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM),” katanya. 

Bagi pihak RIM, dia juga turut berterima kasih kepada para pegawai di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) atas usaha mereka dalam memungkinkan pembukaan semula sektor industri kreatif negara.

“Situasi lalu amat memudaratkan bagi ramai pengamal industri muzik seperti yang kerap dipaparkan di media semasa.

"Alhamdulillah, industri muzik kini dibuka semula dan kami melihat masa depan yang lebih cerah. Sebagai badan muzik 'de facto' yang memperjuangkan, melindungi dan mendorong perkembangan industri muzik tempatan melalui pelbagai inisiatif, RIM akan terus memainkan peranannya dalam membangunkan industri muzik tempatan. 

“Dalam hal ini, kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua badan muzik dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk membantu dalam usaha pemulihan dan pertumbuhan industri muzik tempatan di masa hadapan,” katanya. - Getaran, 30 September 2021

Semua gambar: Gambar Fail Getaran

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN