Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Karya Baharu Yang Mesti Anda Nantikan

Tiga pemuzik handalan ini menawarkan kepelbagaian muzik yang dapat memenuhi selera ramai pencinta muzik.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 8:35AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sekiranya anda ingin meneroka kepelbagaian muzik, kami ada cadangan buat anda. Kali ini kami menyajikan tiga artis antarabangsa yang mampu menceriakan hari anda dengan lagu sarat dengan mesej positif.

Damon Albarn

Gaya muzik elektrik dan penulisan Damon Albarn telah menjadikannya salah satu pemuzik berpengaruh dan menarik di UK. Meskipun namanya tidak biasa didengar di radio, namun dia merupakan anggota pengasas kumpulan Blur, Gorillaz dan The Good, The Bad and The Queen.

Lebih menakjubkan, dia juga pernah membawa pulang trofi beberapa anugerah muzik berprestij seperti BRITS, Ivor Novello dan Grammy.

Kini, Damon Albarn tampil dengan single terbaharunya ‘Particles’ setelah lama mendiamkan diri. Lagu ini merupakan lagu ketiga dari album solonya, The Nearer The Fountain, More Pure The Stream Flows yang bakal menemui peminat pada 12 November akan datang.

Menurut Damon, ‘Particles’ terhasil daripada perbualannya bersama beberapa penumpang di pesawat. 

“Ketika itu, saya sedang menuju ke Reykjavik dan kami berkongsi pengalaman tentang efek pandemik terhadap kehidupan masing-masing. 

“Berdasarkan perbualan itu, meski berada dalam pergolakan pandemik yang tidak menentu, kami percaya pasti ada hikmah di sebalik semua ini. 

“Sama seperti tragedi lain yang menimpa muka bumi sebelum ini, keamanan pasti akan menang. Jadi, inilah cara saya menyampaikan mesej harapan dan positif kepada para pendengar di luar sana” katanya.

Baru-baru ini Damon juga telah membuat penampilan khas di Festival Latitude dan mengadakan persembahan di pentas besar, Festival End of The Road.  

Radiohead

Nama radiohead bukanlah biasa-biasa dalam arena muzik malah telah melakar sejarah sejak pembentukannya pada 1985. 

Kini, mereka berkongsi khabar gembira khusus buat peminat dengan menghadiahkan album berjudul Kid A Mnesia. Album ini adalah penerbitan semula karya terdahulu mereka iaitu Kid A dan Amnesiac.

“Album ini mengandungi material yang belum pernah dikeluarkan sebelum ini. Ini termasuk lagu demo yang tidak dirakam dan dihasilkan dengan sepenuhnya. 

“Apa yang menarik, Kid A Mnesia adalah rangkaian tiga album dan disediakan dalam pelbagai format seperti vinil edisi terhad, kaset, dua buku seni dan lain-lain. Kami ingin menjadikannya istimewa sempena meraikan ulang tahun ke-21 album Kid A dan Amnesiac,” kata Radiohead.

Single pertama ‘If You Say The World’ dari album Radiohead ini boleh didengar di pelantar penstriman Spotify dan Apple Music.

Parquet Courts 

Akhirnya, Parquet Courts mengumumkan album terbaharu mereka berjudul Sympathy For Life setelah lama menyepi di radar muzik.

“Kami ingin para pendengar menari dengan acuan muzik baharu kami. Meskipun mengekalkan identiti muzik Parquet Courts, kami ingin menyuntik beberapa elemen segar seperti elektronik, psikedelik bagi memperbaharui karya kami.

“Album ini diilhamkan oleh lagu-lagu yang dimainkan di kelab malam kota New York. Jadi, semestinya ia akan membuat para pendengar menari mengikut irama muzik,” kata Parquet Courts.

Jika diteliti, Sympathy For Life tidak sama seperti karya mereka terdahulu, Wide Awake 2018! yang lebih tertumpu pada latar muzik berat. 

Mengulas lanjut, Parquet Courts berkata sebilangan besar lagu dalam album ini diimprovasikan dengan mencantum beberapa bunyi moden dan muzik tarian tradisi bagi melahirkan sesuatu yang unik. Itulah membuatkan album ini lebih seronok dan istimewa. 

“Di samping itu, kami tidak mahu menghasilkan  karya muzik yang sama berulang kali. Tujuan kami adalah untuk membuat orang menari dan menjadikannya album yang boleh dimainkan di mana-mana acara parti. 

“Tambahan pula, kami ingin meniup rasa gembira seterusnya buat pendengar tersenyum.  

“Album ini adalah cara kami meluahkan kerinduan terhadap kehidupan pra-pandemik. Kami merindui kota raya yang sentiasa dibanjiri orang ramai dan perkara-perkara kecil lain yang menghidupkan hari-hari kami,” tambah Parquet Courts.

Jika berminat meneroka muzik Parquet Courts dengan lebih lanjut, anda boleh mendengar karya-karya mereka di laman penstriman Spotify dan iTunes atau menjenguk laman sosial mereka. - Getaran, 29 September 2021

Semua gambar: Love da Records

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 11 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 15 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN