web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Ekor Anak Harimau Putih Mati Akibat COVID-19

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 8:22AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHORE -  Dua ekor anak harimau putih yang mati pada bulan lepas di sebuah zoo di sini, dikenalpasti maut akibat virus COVID-19.

Kedua-duanya yang berusia 11 minggu itu, sebelum ini dikatakan menghidap penyakit Feline Panleukopenia iaitu penyakit yang amat mudah merebak dan paling kerap menyebabkan kematian kepada kucing. 

Namun selepas bedah siasat, barulah terungkai kedua-duanya mengalami kerosakan teruk di bahagian paru-paru dan diyakini positif virus corona.

Timbalan pengarah zoo, Kiran Saleem berkata, ujian COVID-19 telah dijalankan ke atas kakitangannya selepas kematian binatang terbabit dan mendapati enam orang positif dengan salah seorang adalah penjaga anak harimau putih berkenaan.

''Keadaan ini menguatkan lagi penemuan dalam bedah siasat terbabit. Anak harimau itu kemungkinan mendapat COVID-19 daripada orang yang menjaganya,'' kata Kiran.

Dalam pada itu, kematian dua ekor anak harimau putih tersebut mencetuskan kemarahan aktivis yang mendakwa beratus-ratus binatang dalam zoo di Pakistan hidup dalam keadaan yang teruk.

''Harimau putih adalah binatang yang sangat jarang ditemui dan memerlukan habibat serta persekitaran khas untuk hidup.

''Dengan menempatkan binatang terbabit dalam keadaan yang kotor tanpa pengendalian perubatan, kita akan terus menyaksikan insiden ini berlaku,'' kata pengasas Justice For Kiki (JFK), iaitu salah sebuah pengendali pusat perlindungan haiwan, Zufishan Anushay.

Bagaimanapun tuduhan itu disangkal Kiran dan meminta aktivis itu melawat sendiri kemudahan yang disediakan oleh pihak zoo.- Reuters

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar