web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


33 Maut, Banjir Landa Henan

Luar Negara Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 3:30PM

Timbunan kenderaan yang dihanyutkan arus di Henan, selepas hujan lebat selama beberapa hari. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HENAN - Seramai 33 orang telah terkorban di seluruh Henan, susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Angka kematian itu dijangka meningkat ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus mengharungi banjir dan hujan lebat dalam operasi menyelamat di kawasan berkenaan.

Beratus ribu rumah terjejas akibat banjir, manakala ladang-ladang ditenggelami air dan sistem pengangkutan lumpuh.

Presiden Xi Jinping menyifatkan bencana itu sebagai 'sangat serius' sementara sistem sukatan kawalan banjir memasuki paras kritikal, lapor media tempatan.

 
Henan Dilanda Bencana Banjir, Seluruh Wilayah Lumpuh

Seramai 33 orang telah terkorban di seluruh Henan, susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan sejak beberapa hari lalu. Angka kematian itu dijangka meningkat ketika pasukan penyelamat bertungkus lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Beratus ribu rumah terjejas akibat banjir, manakala ladang-ladang ditenggelami air dan sistem pengangkutan lumpuh. Presiden Xi Jinping menyifatkan bencana itu sebagai 'sangat serius' sementara sistem sukatan kawalan banjir dilaporkan berada di paras kritikal. Kredit: Video AFP #GetaranMY | #Semasa | #BanjirBesar | #China

Posted by Getaranmy on Thursday, July 22, 2021

Seramai 200,000 penduduk telah dipindahkan di Zhengzhou dengan pasukan tentera mengetuai operasi menyelamat di wilayah yang mempunyai 10 juta penduduk itu. Banjir berlaku selepas hujan lebat dalam masa hanya tiga hari.

Hujan kali ini merekodkan yang paling banyak sejak 60 tahun lalu, dengan sainstis menyifatkan keadaan itu didorong oleh perubahan iklim di seluruh dunia.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan seramai 12 orang terbunuh selepas terperangkap di dalam stesen keretapi bawah tanah.

Video-video yang dikongsi di media sosial menunjukkan air naik dengan cepat di dalam terowong kereta api.

Seramai 500 orang yang terperangkap dalam terowong tersebut telah diselamatkan. - AFP/ Agency

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad