web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suspek Bunuh Keluarga Islam Didakwa Tuduhan Pengganas

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 2:06PM

Orang ramai berarak dalam tunjuk perasaan bagi mendesak ditamatkan segera rasis dan sentimen anti-Islam di London, Ontario, Canada pada 11 Jun 2021. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TRENTON - Suspek lelaki yang disyaki membunuh keluarga Afzaal di kota London, wilayah Ontario baru-baru ini, akan didakwa atas tuduhan pengganas, kata pendakwaraya Kanada di mahkamah pada Isnin.

Menurut Agensi Anadolu, Nathaniel Veltman, 20, sudah berdepan empat pertuduhan iaitu melakukan pembunuhan tahap pertama dan satu pertuduhan cubaan membunuh.

Perdana Menteri Justin Trudeau sebelum ini menyifatkan kejadian itu sebagai "serangan pengganas" apabila suspek melanggar keluarga tersebut dengan sebuah trak lima tan pada petang 6 Jun.

Mangsa dikenali Salman Afzaal berusia, 46, isterinya Madiha Salman, 44, anak perempuan mereka Yumna Salman,15, dan nenek berusia 74 tahun, Talat Afzaal.

Fayez Afzaal, 9, satu-satunya mangsa yang terselamat dan dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius tetapi stabil.

Veltman pada Khamis lalu hadir kali kedua ke mahkamah selama beberapa minit melalui sidang video. Kes itu ditangguhkan sehingga suspek mendapatkan peguam, namun pada Isnin menerusi sidang video, tertuduh masih belum mempunyai peguam, lapor CTV News.

Tuduhan membunuh lebih serius daripada keganasan.

Tetapi, Pengarah Bahagian Majlis Muslim Kanada Yusuf Faqari, berkata kepada Global News amat penting untuk melabelkan jenayah itu sebagai tindakan pengganas kerana ia dapat menghalang tragedi sama berulang. - Bernama

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad