web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Tahun Penjara Jika Langgar Peraturan COVID-19 di Britain

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 11:57AM

Orang ramai beratur untuk pemeriksaan di Lapangan Terbang Heathrow di London pada 21 Disember, 2020. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Britain mengumumkan peraturan ketat bagi membendung penularan varian baharu COVID iaitu dengan mengenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun sekiranya dikesan menipu maklumat perjalanan.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock berkata, bagi penduduk Britain dan Ireland yang tiba di negara berkenaan dari negara yang berada dalam senarai 'merah', mereja perlu membeli pakej kuarantin yang bernilai RM9,779 meliputi kos penginapan, ujian virus dan perkara lain.

''Jika ada yang berbohong dan cuba menyembunyikan fakta mereka berasal dari negara senarai 'merah', mereka boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun namun sekiranya perlanggaran tidak terlalu berat maka mereka akan hanya dikenakan hukuman denda,'' katanya.

Negara-negara yang berada dalam senarai 'merah' ialah Angola, Argentina, Bolivia, Botswana, Brazil, Burundi, Cape Verde, Chile, Colombia, Congo, Ecuador, Eswatini, Perancis, Guiana, Guyana, Lesotho, Malawi, Mauritius, Mozambique, Namibia, Panama, Paraguay, Peru, Portugal (termasuk Madeira dan Azores), Rwanda, Seychelles, Afrika Selatan, Surinam, Tanzania, Emiriah Arab Bersatu, Uruguay, Venezuela, Zambia dan Zimbabwe.

Britain adalah negara yang paling teruk terkesan dengan krisis kesihatan global ini, dengan 113,000 kematian direkodkan dan ia kini kepada usaha vaksinasi besar-besaran untuk mengurangkan kadar jangkitan. 

Mengikut peraturan itu juga, mereka yang tidak mahu diuji untuk COVID-19 akan didenda sebanyak RM5,588 hingga RM11,176, manakala mereka yang gagal menjalani tempoh kuarantin pula akan dikenakan denda antara RM27,941 hingga RM55,882.

Hancock berkata, peraturan baharu ini akan dilonggarkan bila keadaan sudah selamat. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar