web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tunjuk Perasaan Di London Tanda Solidariti Ke Atas Palestin

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 10:26AM

Beribu-ribu orang mengadakan bantahan di luar pejabat Perdana Menteri UK menuntut desakan dilakukan ke atas Israel agar menamatkan pendudukan haram dan menghentikan keganasan ke atas Palestin - Gambar Twitter Quds News Network

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul di kota London pada Sabtu sebagai solidariti kepada penduduk Palestin.

Bantahan berkenaan turut disertai bekas pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn yang mendesak negara anggota Kumpulan Tujuh (G7) memberikan sokongan kepada penduduk Palestin.

Tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh The Resist berarak ke pejabat Perdana Menteri United Kingdom (UK), Borris Johnson  sebagai solidariti kepada penduduk Palestin yang berdepan dengan keganasan Zionis.

Mereka memegang sepanduk dan melaungkan “bebas, bebas Palestin”.

Kumpulan itu mendesak UK dan ketua kerajaan kumpulan G7 mendesak Israel menghentikan jenayah perang terhadap penduduk Palestin.

Dalam pada itu, Corbyn dalam ciapan di Twitternya mendesak supaya penjualan senjata dihentikan.

“Kami di sini menyokong penduduk Palestin, sama ada Yahudi, Hindu, Muslim, Kristian atau tiada kepercayaan - kesatuan kita adalah kesatuan manusia.

``Senjata buatan UK membunuh orang awam - termasuk kanak-kanak- dalam konflik luar negara. Ia perlu dihentikan,'' katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Corbyn berkata, tuntutan penyokong Palestin adakan jelas iaitu Israel perlu menghentikan pendudukan haram di Tebing Barat dan menamatkan kepungan di Gaza.

Corbyn turut melahirkan rasa bangga kerana telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dalam manifesto Parti Buruh pada 2019 dan menegaskan semua pihak perlu bersama-sama untuk memperjuangkan kebebasan penduduk Palestin.

Ia merupakan beberapa siri bantahan penyokong Palestin di London, yang dianjurkan sejak Israel menyerang Gaza dan Masjid Al-Aqsa serta kawasan Sheikh Jarrah pada bulan Ramadan lepas.

Bagaimanapun di sebalik gencatan sentaja yang dikuatkuasa antara dua pihak, Israel terus melakukan pencabulan ke atas Palestin.

Pada Sabtu, polis Israel telah menembak mati seorang ibu yang juga bekas tahanan, mendakwa beliau membawa pisau.

Sementara pada hari sebelumnya, seorang remaja berusia 15 tahun telah terbunuh di Nablus ketika dia menyertai tunjuk perasaan secara aman, membantah penduduk haram Israel di atas tanah yang dicuri daripada penduduk Palestin. - Quds News Network

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar