web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hamas Dakwa Israel Mahu Sambung Serangan Di Gaza Selepas 20 Terkorban Dalam 48 Jam

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2026 9:20PM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Kumpulan Palestin Hamas pada Khamis mendakwa peningkatan serangan Israel terhadap orang awam di Semenanjung Gaza serta kematian lebih 20 rakyat Palestin dalam tempoh 48 jam lalu menunjukkan Tel Aviv mahu kembali kepada "tempoh serangan Israel di Semenanjung Gaza" yang berterusan selama dua tahun, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah apartmen kediaman di tengah Bandar Gaza pada waktu malam, mengorbankan 10 rakyat Palestin termasuk dua kanak-kanak dan dua wanita, selain mencederakan puluhan yang lain, merupakan "jenayah baharu" dan "pelanggaran baharu secara terang-terangan" terhadap perjanjian gencatan senjata yang ditandatangani di Sharm el-Sheikh.

Perjanjian gencatan senjata Sharm el-Sheikh ditandatangani pada Oktober 2025 menerusi pengantaraan Mesir, Amerika Syarikat (AS), Qatar dan Turkiye sebelum mula berkuat kuasa pada bulan sama.

Perjanjian itu dimeterai selepas dua tahun serangan Israel di Semenanjung Gaza yang bermula pada 8 Okt 2023, menyaksikan lebih 72,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 172,000 cedera, menurut angka Palestin, selain kemusnahan besar yang menjejaskan kira-kira 90 peratus infrastruktur awam.

Hamas berkata serangan yang dipertingkat Israel terhadap orang awam di seluruh Gaza serta kematian lebih 20 rakyat Palestin dalam serangan yang menyasarkan kawasan kejiranan kediaman sepanjang dua hari lalu menunjukkan niat Israel untuk menyambung semula operasi ketenteraan berskala besar.

Kumpulan Palestin itu turut menuduh Israel tidak mengendahkan usaha negara pengantara serta melanggar jaminan dan komitmen yang dibuat di bawah perjanjian gencatan senjata berkenaan. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Mega: Jabatan Imigresen Tahan 503 Warga Asing Di Seluruh Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Bertembung Babi Hutan, Wanita Maut, Suami Cedera 

oleh Sophia Ahmad