web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


76 Peratus Peralatan Pengimejan Perubatan Musnah, Burukkan Lagi Krisis Kesihatan Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2026 9:27AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Perkhidmatan pengimejan perubatan di hospital yang masih berfungsi di Semenanjung Gaza mengesahkan bahawa mereka sedang berdepan cabaran besar ekoran kemusnahan meluas sistem kesihatan semasa perang, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Sumber menyatakan yang wilayah berkenaan kehilangan 76 peratus daripada peralatan pengimejan perubatan manakala baki peralatan yang tinggal iaitu hanya 24 peratus kini beroperasi dalam keadaan teknikal yang sukar.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh peningkatan keperluan terhadap perkhidmatan berkenaan serta kesukaran untuk menjalankan penyelenggaraan rutin dan mendapatkan alat ganti.

Mereka berkata perkhidmatan pengimejan resonans magnetik (MRI) kini langsung tidak dapat disediakan di Semenanjung Gaza selepas sembilan mesin berkenaan musnah, sekali gus merumitkan lagi langkah diagnosis dan rawatan untuk para pesakit serta mangsa yang cedera.

Mereka turut menjelaskan bahawa hanya lima daripada 18 pengimbas tomografi berkomputer (CT) yang masih boleh beroperasi dan jumlah yang kecil itu pun berada di bawah tekanan yang amat besar sehingga gagal memenuhi keperluan harian bagi perkhidmatan pengimejan diagnostik.

Menurut sumber itu, sebelum tercetusnya serangan, wilayah berkenaan mempunyai 88 mesin sinar-X konvensional, namun hanya 33 yang kini masih berfungsi. Mesin yang berbaki ini juga berada dalam keadaan daif, kerap rosak, serta memerlukan penyelenggaraan berterusan dan alat ganti.

Mereka menarik perhatian bahawa bilik pembedahan amat memerlukan peralatan fluoroskopi, memandangkan hanya lima peranti sahaja yang tersedia berbanding 16 peranti yang wujud sebelum perang, selain memberi amaran bahawa krisis berterusan dalam perkhidmatan pengimejan perubatan akan meningkatkan komplikasi terhadap intervensi diagnosis dan rawatan bagi pesakit. - BERNAMA-WAFA

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

2

Semasa 20 jam yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

3

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

4

Semasa 1 hari yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar