web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trump Timbang Perluas Operasi Ketenteraan ‘Project Freedom’ Di Selat Hormuz

Luar Negara Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2026 8:48AM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HAMILTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk menghidupkan semula "Project Freedom", namun memberi amaran bahawa usaha mengiringi kapal melalui Selat Hormuz kali ini hanya akan menjadi sebahagian daripada ‘operasi ketenteraan lebih besar’.

Anadolu Ajansi melaporkan Trump ketika bercakap kepada Fox News berkata pemimpin ‘berpendirian keras’ Iran akhirnya akan berundur.

"Mereka akan mengalah," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau boleh bekerjasama dengan kepimpinan Iran ketika ini, Trump berkata: "Saya akan berurusan dengan mereka sehingga mereka mencapai perjanjian."

Trump turut mendakwa perunding Iran memaklumkan kepadanya bahawa Tehran tidak mempunyai teknologi untuk membersihkan bahan radioaktif di tapak nuklear yang musnah dan AS perlu mengambil semula ‘sisa radioaktif’ itu.

AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari yang mencetuskan tindak balas Tehran terhadap Israel dan sekutu AS di Teluk selain penutupan selat Hormuz.

Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan. 

Gencatan senjata itu kemudiannya dilanjutkan Trump tanpa tempoh akhir ditetapkan.

Pada Ahad, Iran menyerahkan kepada Pakistan maklum balasnya terhadap cadangan AS bagi menamatkan perang itu, namun Trump menolaknya dengan menyifatkan cadangan berkenaan sebagai ‘langsung tidak boleh diterima’. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad