web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nahas Kereta Kabel Di Antalya, Turkiye Tidak Babitkan Rakyat Malaysia

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2024 9:21AM

Usaha sedang dijalankan bagi menyelamatkan penumpang yang terkandas dalam kabin kereta kabel yang masih tergantung di udara susulan nahas Jumaat lalu. - gambar media sosial

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kemalangan kereta kabel di Antalya, Turkiye, yang meragut satu nyawa serta mencederakan 10 penumpang, tidak membabitkan rakyat Malaysia.

Wisma Putra dalam satu kenyataan ringkas, berkata dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat, lebih 100 yang lain terperangkap di sepanjang talian kereta kabel berkenaan.

“Kementerian Luar, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, sedang memantau secara rapi perkembangan kemalangan kereta kabel di daerah Antalya, Turkiye.

“Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terlibat dalam kemalangan kereta kabel berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, Wisma Putra turut merakamkan rasa simpati negara kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat kemalangan berkenaan.

Kenyataan itu menyebut, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara juga sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Untuk sebarang bantuan konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul boleh dihubungi di alamat Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Koza Sokak, No 56, Gaziosmanpasa, Cankaya, Ankara, di talian telefon 00 (90-312) 4463547/48 atau telefon bimbit di 00 (90-5078128406) atau emel [email protected].

“Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul boleh dihubungi di alamat Esentepe Mah. Ali Kaya Sok, No 1/1B, Polat Plaza, B Blok, Kat 8, Levent/Sisli, Istanbul atau di talian 00 (90-212) 9891001 atau emel [email protected],” katanya.

Sementara itu, agensi berita antarabangsa, Reuters, melaporkan seorang maut manakala 10 lagi mengalami kecederaan selepas sebuah kabin kereta kabel yang dinaiki berlanggar dengan sebatang tiang yang patah, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Jumaat, waktu tempatan.

Berikutan kejadian, sebanyak 24 kabin kereta kabel tergantung di udara.

Bagaimanapun, selepas 16 jam, lebih 60 penumpang masih terkandas dalam sembilan kabin yang masih tergantung manakala 112 yang lain sudah diselamatkan.

Kementerian Dalam Negeri Turkiye, dalam satu hantaran melalui akaun X, memaklumkan tujuh helikopter dan lebih 500 anggota penyelamat sudah dikerahkan untuk operasi berkenaan. – Getaran, 14 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad