Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Taiwan Alami Gempa Bumi 7.3M

Luar Negara Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 12:09PM

Bangunan yang terjejas di Hualien, susulan gempa bumi berukuran 7.3M yang melanda Taiwan pagi tadi. - gambar AP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Taiwan mengalami gempa bumi kuat bermagnitud 7.3 pada jam 7.58 pagi waktu tempatan, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan ringkas, memaklumkan pusat gempa berkenaan berada pada kedudukan 23.7° Utara dan 122.0° Timur dengan kedalaman 47 km, sejauh 130km Tenggara dari Taichung, Taiwan.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini.

Peta gempa bumi di Taiwan. - gambar MetMalaysia
Peta gempa bumi di Taiwan. - gambar MetMalaysia

Sementara itu, agensi media antarabangsa yang memetik Pengarah Pusat Seismologi Taipei, Wu Chien Fu, melaporkan gempa bumi berkenaan yang terkuat selepas 25 tahun.

Kali terakhir Taiwan dilanda gempa bumi kuat adalah pada 1999 apabila ia digegarkan gempa bumi berukuran 7.6M, yang meragut nyawa 2,400 mangsa serta memusnahkan 5,000 bangunan.

Gempa bumi yang berlaku pagi tadi memusnahkan banyak bangunan di Hualien, iaitu bandar raya paling hampir dengan pusat gempa.

Ia turut dirasai hingga ke kawasan pergunungan, mengakibatkan beberapa kejadian tanah runtuh, selain gegaran turut berlaku di Taipei.

Wu dilaporkan berkata, gempa bumi kali ini lebih dekat dengan daratan dan boleh dirasai di seluruh Taiwan dan pulau luar pesisir.

Susulan gempa bumi berkenaan, pihak berkuasa di Taiwan, Jepun dan Filipina turut mengeluarkan amaran tsunami dengan jangkaan ombak setinggi 3 meter bakal melanda gugusan pulau di Okinawa, Jepun.

Pada masa sama, pihak berkuasa di Taiwan juga menghantar amaran kepada penduduknya, mengingatkan mereka yang tinggal berdekatan kawasan pesisir untuk berjaga-jaga dan peka dengan bahaya yang disebabkan oleh peningkatan gelombang secara mengejut. – Getaran, 3 April 2024

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Salah Guna Kuasa Anak Lelaki: MB Perlis Beri Keterangan Di SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 14 jam yang lalu

Jutawan Muda Hasil Niaga Matawang Asing, Beli-Belah Dalam Talian

Semasa 9 jam yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

oleh Wartawan Getaran