web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Gaza Kelaparan, Terpaksa Sembelih Kuda, Makan Dedak Ternakan

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 3:37PM

Penduduk Gaza kini berdepan ancaman kebuluran susulan pengeboman tanpa henti dan kepungan ketat Israel. - gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GAZA - Pengeboman tanpa henti dan pengepungan ketat Israel ke atas Semenanjung Gaza terus mengakibatkan krisis kelaparan semakin buruk sehingga ada antara penduduk terpaksa menyembelih kuda, makan rumput dan dedak ternakan demi kelangsungan hidup.

Di kem pelarian Jabalia di utara Gaza, Abu Jibril, menceritakan keadaan sukar itu sehingga memaksanya menyembelih dua ekor kuda miliknya untuk diberi kepada ahli keluarga.

"Kami tidak punya pilihan lain selain menyembelih kuda untuk memberi makan anak-anak. Kelaparan membunuh kami," kata lelaki berusia 60 tahun itu kepada AFP seperti dipetik WAFA.

Tanpa memberitahu sesiapa tentang daging kuda berkenaan, beliau memasak sebelum menghidangnya kepada keluarga dan jiran-jiran.

"Walaupun perlu, tapi saya bimbang akan reaksi mereka. Tiada siapa tahu mereka makan daging kuda," katanya. 

Kem Jabala, yang ditubuhkan pada tahun 1948 dan meliputi kawasan seluas hanya 1.4 kilometer, adalah yang terbesar di Semenanjung Gaza.

Jibril dan keluarganya melarikan diri dari Beit Hanoun apabila pencerobohan Israel terhadap Gaza bermula dan berlindung di Sekolah UNRWA Al-Faluga.

Sebelum pencerobohan, air tercemar dan gangguan bekalan elektrik menjadi masalah utama di kem yang padat penduduk itu.

Kini, keadaan diburukkan lagi dengan masalah kehabisan bekalan makanan kerana agensi bantuan tiada akses ke kawasan berkenaan akibat pengeboman. 

Penghuni kem mulai memakan sisa-sisa jagung membusuk, dedak ternakan selain rumput bagi menghilangkan rasa lapar.

Program Makanan Sedunia (WFP) minggu lalu memberi amaran bahawa keadaan di Gaza kini semakin bahaya dengan "tahap putus asa yang tidak pernah berlaku sebelum ini" manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa 2.2 juta orang berada di ambang kebuluran.

Sementara itu, Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) memberi amaran  bahawa  kekurangan  makanan  yang membimbangkan selain peningkatan kekurangan zat makanan dan penyakit boleh membawa kepada "ledakan" kematian dalam kalangan kanak-kanak di Gaza. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar