web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir 300 Pasangan Buat Pengesahan Dokumen Nikah Di Songkhla Setiap Bulan – Konsul Jeneral

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 4:46PM

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menerima palk penghargaan daripada Datuk Bandar Yala Pongsak Yingchoncharoen sempena Melayu Day. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YALA (Thailand) - Kira-kira 250 hingga 300 pasangan dari Malaysia hadir membuat pengesahan dokumen pernikahan mereka di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia setiap bulan selepas berkahwin di Thailand.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, berkata kebanyakan pasangan ini adalah mereka yang berkahwin sama ada di Narathiwat, Pattani, Yala, Satun atau Songkhla.

"Ada juga yang berkahwin di Bangkok tetapi hadir ke pejabat Konsulat Jeneral di sini untuk mendapatkan pengesahan yang hanya boleh dibuat oleh pihak Konsulat Jeneral Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Melayu Day kali ke-9, di sini semalam.

Hadir sama Menteri Keadilan Thailand yang juga bekas Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Sempadan Wilayah Selatan (SBPAC) Thawee Sodsong, Gabenor Yala Ampon Pongsuwan, Konsul Jeneral Indonesia Suargana Pringganu dan Datuk Bandar Yala Pongsak Yingchoncharoen.

Ahmad Fahmi berkata, pengesahan dokumen pernikahan itu penting agar pasangan terbabit tidak terlibat dengan sindiket yang cuba melakukan penipuan. 

Katanya, dengan pengesahan yang diperoleh daripada pejabat Konsulat Jeneral Malaysia pasangan terbabit boleh membuat pendaftaran perkahwinan mereka di Malaysia.

"Pendaftaran pernikahan ini penting terutamanya untuk masa depan anak-anak yang kemungkinan menjadi "anak tanpa negara". Masalah juga biasanya timbul apabila anak-anak sudah meningkat dewasa.

"Apabila anak dewasa dan memerlukan wali untuk bernikah sudah pasti akan menimbulkan masalah apatah lagi sekiranya berlaku kematian yang melibatkan di segi pengurusan harta," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad