web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai Di Kedutaan Malaysia Di Bangkok Meninggal Dunia

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 8:55AM

Fadzilah Abu Hasan dilaporkan meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di Bangkok. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Penasihat Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) di Kedutaan Malaysia di Bangkok Fadzilah Abu Hasan meninggal dunia pada Isnin (1 Jan).

Fadzilah, 46, dipercayai meninggal dunia ketika tidur di kondominiumnya di Bangkok pada pukul 6 pagi waktu tempatan pada Isnin.

Beliau bertugas di Kedutaan Malaysia di Bangkok sejak Dis 2022.

Kedutaan sedang membuat persiapan untuk membawa jenazahnya pulangnya ke Malaysia, yang dijadualkan pada hari ini.

Solat jenazah dijadualkan berlangsung di Masjid Jawadi Bangkok pada 8 pagi waktu tempatan pada hari yang sama.

Jenazah dijangka tiba di Malaysia pada 5.30 petang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, Sungai Merab, Kaiang selepas solat Maghrib.

Fadzilah meninggalkan dua anak perempuan berusia 18 dan 15 tahun.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel berkata Fadzilah sumber inspirasi kerana sikap ceria beliau mewujudkan suasana riang ke tempat kerja selain memiliki sikap baik hati.

"Merakamkan ucapan takziah dan doa kepada dua anak perempuan Fadzilah dan keluarga dalam masa yang sukar ini. Semoga mereka mendapat kekuatan dan ketenangan dalam kenangan terindah dan kasih sayang yang menyelubungi mereka,” katanya kepada Bernama.

“Kami bersedih atas kehilangan rakan sekerja yang dikasihi, Fadzilah, memberi kesan daripada segi profesional dan peribadi kami. Semangat dan dedikasinya yang tidak berbelah-bahagi menyentuh kami semua," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad