web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Dadah Malaysia Ditahan Di Laos

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 4:26PM

Raja Dadah Malaysia ketika ditahan pihak berkuasa di Laos minggu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Seorang warga Malaysia yang dikehendaki di Thailand kerana aktiviti penyeludupan dadah ditahan dalam operasi bersama Thailand-Laos minggu lepas.

Warga Malaysia berusia 39 tahun itu didakwa raja dadah dan anggota penting sindiket dikatakan bersembunyi di Laos, menurut polis Thailand.

Penolong Ketua Polis Negara Pol Lt Jen Panurat Lakboon berkata Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) telah melakukan siasatan terhadap lelaki itu yang disyaki sebagai dalang utama dalam membekal dan menyelaras aktiviti dadah di kawasan Segitiga Emas sejak 2006.

Panurat berkata lelaki itu ditahan di Laos pada 29 Dis.

"Suspek terlibat dengan rangkaian dadah di seluruh Thailand, Malaysia, China, Singapura dan Laos. Dia juga menggunakan Thailand untuk aktiviti pengubahan wang haram dan sebagai tempat transit penyeludupan dadah ke negara ketiga seperti Malaysia, Taiwan dan Australia.

“Penahanan itu adalah hasil siasatan berterusan dan kerjasama rapat antara agensi penguatkuasa Thailand, Malaysia dan Laos," katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan penyiasat mengenal pasti lelaki itu sebagai suspek utama di sebalik rampasan dadah pada Jun tahun lalu - rampasan membabitkan 998 kilogram methamphetamine kristal dan penahanan tujuh suspek di wilayah Ratchaburi, kata Panurat.

Waran tangkap kemudiannya dikeluarkan terhadap suspek pada Ogos tahun yang sama.

pihak berkuasa Thailand kemudian merampas aset warga Malaysia itu termasuk sebidang tanah dengan bangunan, dua kondominium, tiga kapal layar, dua kereta, tiga motosikal, senjata api, wang tunai dan barangan berharga di seluruh Bangkok, Trat, Chiang Rai dan Chon Buri.

Jumlah anggaran nilai aset yang dirampas adalah 85 juta baht (RM11.4 juta). - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad