web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Indonesia Pertimbang Aspek Kemanusiaan Kendali Pelarian Rohingya

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 7:31PM

Pelarian Rohingya di Aceh Besar. - gambar ANTARA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Ketua Pengarah Hak Asasi Manusia Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dhahana Putra berkata pengendalian pelarian Rohingya di Indonesia perlu mengutamakan aspek kemanusiaan di samping mengambil kira kepentingan masyarakat setempat.

“Menyaksikan penentangan terhadap pelarian Rohingya maka perlu untuk meningkatkan komunikasi dengan IOM (Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi), UNHCR (Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan negara jiran bagi mengelak timbulnya isu berbangkit dalam masyarakat tempatan khususnya di Aceh,” kata Putra dalam kenyataan pada Sabtu, lapor ANTARA.

Beliau berkata kerajaan Indonesia belum meratifikasi Konvensyen Geneva 1951 mengenai pelarian. Justeru, atas dasar kemanusiaan, Indonesia masih menempatkan pelarian Rohingya buat sementara waktu berdasarkan prinsip non-refoulement yang diiktiraf sebagai undang-undang antarabangsa adat.

“Prinsip non-refoulement melarang negara daripada menghantar pulang atau mengusir pelarian ke negara asal atau negara lain yang berpotensi menganiaya atau menyeksa mereka,” kata Putra.

Justeru, beliau menegaskan pelarian Rohingya hanya akan tinggal sementara di Aceh.

“Mereka akan berada di sini (di Indonesia) buat sementara waktu sehingga UNHCR menentukan status mereka sebagai pelarian dan akan ditempatkan di negara ketiga atau negara yang menerima pelarian Rohingya,” katanya.

Sepanjang berada di Indonesia, mereka wajib mematuhi undang-undang, peraturan dan nilai-nilai tempatan untuk mengelakkan masalah sosial yang boleh menimbulkan gangguan.

“Kami berharap semua pihak dapat mengelak daripada melakukan sebarang tindakan provokasi yang boleh memburukkan lagi keadaan dalam mengendalikan pelarian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, kekerasan terhadap pelarian Rohingya telah menjadi tumpuan antarabangsa. Beberapa organisasi media antarabangsa telah melaporkan kejadian di Balee Meuseuraya Aceh.

“Kami berharap perkara sebegini tidak berulang pada masa hadapan,” katanya. - BERNAMA-ANTARA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad