web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PBB Lantik Bekas TPM Belanda Sebagai Penyelaras Kemanusiaan Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2023 12:37PM

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres bersama Sigrid Kaag. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa melantik Sigrid Kaag dari Belanda sebagai penyelaras kanan kemanusiaan dan pembinaan semula untuk Gaza.

Kaag akan memudahkan, menyelaras, memantau dan mengesahkan bantuan ke Semenanjung Gaza selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB baru-baru ini.

Beliau juga akan mewujudkan mekanisme PBB untuk mempercepatkan penghantaran bantuan kemanusiaan melalui negara-negara yang tidak terlibat dalam konflik, lapor Xinhua.

Kaag dijangka memulakan tugas pada 8 Jan.

Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh pejabat ketua PBB, Kaag mempunyai pengalaman yang luas dalam hal ehwal politik, kemanusiaan dan pembangunan serta diplomasi.

Terbaharu, beliau berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri pertama dan menteri kewangan wanita pertama dalam Kerajaan Belanda sejak Jan 2022.

Beliau pernah menjawat jawatan menteri perdagangan dan kerjasama pembangunan dari Okt 2017 hingga Mei 2021 dan menteri luar sehingga September tahun yang sama.

Kaag pernah menyandang pelbagai jawatan kanan dalam sistem PBB, termasuk berkhidmat sebagai penyelaras khas untuk Lubnan dari 2015 hingga 2017 dan sebagai penyelaras khas Misi Bersama Pertubuhan Larangan Senjata Kimia dan Misi PBB di Syria dari 2013 hingga 2015.

Pada Jumaat, Majlis Keselamatan PBB menerima pakai resolusi 2070 yang antara lain menggesa penghantaran bantuan kemanusiaan segera, selamat dan tanpa halangan terus kepada orang awam Palestin di seluruh Semenanjung Gaza.   

Resolusi itu meminta setiausaha agung PBB melantik penyelaras kanan kemanusiaan dan pembinaan semula selain menggesa penubuhan mekanisme PBB dengan segera untuk meningkatkan pengagihan bantuan. - BERNAMA-XINHUA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar