web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Berkongsi Pandangan Mengenai Hipokrasi Dalam Krisis Gaza Dan Isu ASEAN

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 5:03PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Tokyo. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menekankan mengenai sikap hipokrasi dalam menangani krisis di Gaza oleh negara-negara yang kononnya memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia.

Anwar berkongsi pandangan itu dalam wawancara eksklusif dengan kumpulan media utama Jepun, The Nikkei yang dikendalikan oleh wartawan Norman Goh di luar Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun pada Ahad.

Wawancara itu disiarkan di Nikkei Asia yang merupakan penerbitan utama Nikkei, Inc. dan akhbar kewangan terbesar di dunia.

"Saya muak dengan hipokrasi ini. Ini bukan politik. Ini adalah isu kemanusiaan. Saya boleh katakan bahawa hipokrasi sedemikian (berlaku) di banyak negara yang kononnya mempromosikan demokrasi dan hak asasi manusia," katanya.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, konflik terkini yang bermula pada 7 Okt lepas itu telah mengakibatkan kematian kira-kira 19,000 penduduk Palestin manakala lebih 50,000 lagi cedera.

Perjanjian gencatan senjata yang berkekalan sukar dicapai apabila Amerika Syarikat menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Gaza yang menggesa "gencatan senjata kemanusiaan segera."

Anwar berkata isu kemanusiaan turut dialami di negara anggota ASEAN, terutamanya berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia di Myanmar selepas rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.

Beliau menekankan mengenai usaha yang dijalankan oleh ASEAN menerusi konsensus lima perkara untuk mencari penyelesaian terhadap isu di Myanmar.

Mengulas mengenai ketegangan di Laut China Selatan dengan beberapa negara anggota ASEAN, termasuk Malaysia yang terlibat dalam tuntutan wilayah yang bertindih dengan China, Anwar menekankan mengenai perlunya untuk mengelakkan persengketaan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan China.

"Tidak sewajarnya sesebuah negara membuat keputusan sepihak mengenai kedaulatan dan integriti wilayah. Dan kita sepatutnya berunding bersama dalam kalangan ASEAN atau secara dua hala," katanya, lapor Nikkei Asia.

Berkenaan dengan konflik China-AS, Anwar berkata memihak kepada mana-mana pihak tidak akan memberi manfaat kepada Malaysia dan rantau ini seharusnya kekal sebagai zon yang aman.

Pendirian Malaysia adalah untuk menjadi rakan dan berinteraksi dengan semua pihak tanpa dilihat sebagai alat kepada mana-mana negara. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar