web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gencatan Senjata : Tindakan AS Guna Kuasa Veto 'Bawa Malapetaka'

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 1:16PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON, 9 Dis (Bernama-Anadolu) -- Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Riyad al-Mansour menyelar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) kerana kegagalannya meluluskan draf resolusi untuk gencatan senjata kemanusiaan di Gaza pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto untuk membatalkan resolusi yang ditaja bersama hampir 100 negara anggota PBB.

Ia menerima sokongan 13 ahli Majlis Keselamatan PBB. United Kingdom (UK) bagaimanapun memilih untuk berkecuali.

Mansour menyifatkan kegagalan itu 'amat dikesali' dan 'malapetaka'.

"Daripada membenarkan majlis itu untuk melaksanakan mandatnya secara nyata selepas dua bulan, kekejaman ini mesti dihentikan, penjenayah perang diberi lebih banyak masa untuk melaksanakan jenayah mereka.

“Bagaimana ini boleh dibenarkan? Bagaimana seorang wakil boleh membenarkan pembunuhan keseluruhan penduduk?," katanya.

Mansour yang mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata berkata: "Setiap hari akan lebih banyak nyawa yang terkorban, jumlah penduduk yang terbunuh belum pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah moden."

Resolusi draf itu menggesa semua pihak terlibat dalam konflik untuk mematuhi undang-undang antarabangsa, terutamanya perlindungan orang awam, menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera dan menyeru Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres untuk melaporkan kepada Majlis Keselamatan mengenai pelaksanaan gencatan senjata.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mencadangkan draf itu berkata, ia berusaha untuk menyelesaikan resolusi berkenaan dengan cepat disebabkan peningkatan jumlah kematian dalam konflik 63 hari itu.

Menurut angka rasmi dari pihak berkuasa Gaza lebih 17,000 penduduk telah terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober.

Wanita dan kanak-kanak membentuk kira-kira 70 peratus daripada jumlah mangsa yang terbunuh, dengan lebih 46,000 yang lain cedera. Kira-kira 1.8 juta rakyat Palestin pula hilang tempat tinggal. - BERNAMA-ANADOLU
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar