web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


47 Pendaki Terkandas Di Gunung Merapi Yang Meletus Pada Ahad

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 3:07PM

Gunung Merapi di Sumatera Barat meletus semalam. - gambar Antara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 47 pendaki terkandas berikutan letusan gunung berapi di Sumatera Barat pada Ahad, menurut jurucakap agensi bencana negara BNPB Abdul Muhari.

Beliau berkata 19 pendaki berjaya turun dengan bantuan penyelamat, manakala 28 lagi masih terperangkap di gunung setinggi 2,891 meter itu, yang kali terakhir meletus pada Januari.

Awan abu dengan cepat menutupi kawasan seluas tiga kilometer dari kawah puncak Gunung Marapi, mengakibatkan hujan abu dan batu jatuh di pelbagai tempat di daerah Agam.

"Pasukan penyelamat bersama sedang giat mencari dan membantu mereka yang masih berada di gunung," katanya dalam satu kenyataan.

Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Agam yang diketuai oleh Bambang Warsito menjelaskan bahawa laporan mengenai kematian seorang pendaki masih belum disahkan dengan berkata: "Ia belum jelas dan belum disahkan."

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan tanpa maklumat sahih.

Kedua-dua agensi pengurusan bencana Agam dan Tanah Datar meminta orang ramai, pelancong dan pendaki supaya memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada abu gunung berapi.

Pelancong dan pendaki juga dilarang melakukan aktiviti dalam radius tiga kilometer dari kawah utama. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar