web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


IFJ Akan Bincang, Failkan Aduan Ke ICC Mengenai Jenayah Israel Terhadap Wartawan Palestin

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 12:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AL-BIREH (Palestin) - Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) akan mengadakan mesyuarat pada Selasa dan Rabu depan bagi membincangkan untuk mengemukakan aduan berkaitan jenayah Israel terhadap wartawan Palestin kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Setiausaha Agungnya Anthony Bellanger pada Khamis berkata jumlah wartawan yang terbunuh sejak permulaan pencerobohan di Semenanjung Gaza pada 7 Okt adalah sangat tinggi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Tentera Israel telah membunuh lebih ramai wartawan dalam tempoh enam minggu lalu berbanding 20 tahun lepas,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Palestinian Journalists Syndicate (PJS) di Al-Bireh.

Bellanger berkata beliau sentiasa teguh berdiri bersama-sama dengan rakyat Palestin dan mengecam tindakan yang dikenakan terhadap wartawan Palestin.

Beliau mewakili 600,000 wartawan di seluruh dunia, menyeru kerajaan di seluruh dunia untuk mematuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan perlindungan wartawan, menuntut akauntabiliti penjenayah dan memastikan pelakunya dihukum demi menjamin keselamatan, perlindungan dan kebebasan wartawan.

Sementara itu, ketua PJS Nasser Abu Bakr berkata wartawan Palestin sedang menghadapi perang besar-besaran dan pembunuhan beramai-ramai sedang dilancarkan terhadap mereka.

Sejak hari pertama pencerobohan ke atas Gaza, IFJ sentiasa berhubung dengan PJS dan memberikan bantuan penting bagi memudahkan tugas wartawan di lapangan, katanya.

Beliau turut menyeru agar Pendakwa ICC segera membuka kertas siasatan terhadap jenayah yang dilakukan ke atas wartawan Palestin.

Kira-kira 59 wartawan dan petugas media terbunuh akibat pencerobohan berterusan Israel terhadap Semenanjung Gaza. - BERNAMA-WAFA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad