web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indonesia Terputus Hubungan Dengan Tiga Rakyatnya Di Gaza

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 8:49AM

Keberadaan tiga petugas warga Indonesia yang berada di Gaza tidak dapat diketahui selepas mereka terputus hubungan dengan UNRWA. - gambar Kementerian Luar Indonesia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Kementerian Luar Indonesia pada Isnin terputus hubungan dengan tiga rakyatnya selepas tentera pendudukan Israel mengebom Hospital Indonesia di Gaza Utara, Palestin.

Menterinya Retno Marsudi berkata beliau telah menghubungi Agensi Bantuan dan Kerja Raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza untuk mengetahui keadaan di hospital itu.

"Maklum balas daripada UNRWA menyatakan mereka tidak dapat berhubung dengan sesiapa pun di hospital itu pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga cuba menghubungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Palang Merah Antarabangsa, namun tidak mendapat jawapan.

“Saya akan terus menghubungi pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat berhubung Hospital Indonesia dan keselamatan tiga warganya.

“Kami sedang menyelaraskan usaha bersama Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C) Indonesia di Jakarta. Doakanlah keselamatan mereka dan semoga mereka sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT,” katanya.

Ketiga-tiga individu itu, sukarelawan dari MER-C Indonesia, memilih untuk tidak dipindahkan dan kekal di hospital.

Retno berkata serangan terbaru ini jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, sambil menekankan bahawa semua negara, terutama yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, mesti menggunakan pengaruh mereka untuk mendesak Israel menghentikan kekejamannya.

Agensi Anadolu yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa serangan Israel ke atas Hospital Indonesia membunuh sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan ramai penduduk.

Retno kini berada di Beijing, China, bersama rakan sejawat dari Arab Saudi, Jordan, Mesir, Palestin, dan setiausaha agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).  - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad