web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elon Musk Ikrar Beri Bantuan Akses Internet di Gaza

Jutawan itu bertindak sedemikian selepas rangkaian telekomunikasi di Semenanjung Gaza lumpuh sepenuhnya.

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 2:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tindakan rejim Israel memutuskan akses internet dan komunikasi di Semenanjung Gaza sejak Jumaat lalu, menyebabkan ramai penduduk Palestin dan sukarelawan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kemanusiaan terputus hubungan dengan dunia luar.

Bagaimanapun, jutawan dan Ketua Eksekutif SpaceX, Elon Musk, menyatakan kesediaannya menyediakan akses komunikasi kepada organisasi bantuan kemanusiaan diiktiraf antarabangsa yang kini berada di Gaza.

Beliau memuat naik ciapan itu melalui aplikasi X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter), semalam.

Menurut hantaran di aplikasi X, beliau berkata akan bertindak sedemikian selepas rangkaian telekomunikasi di Semenanjung Gaza lumpuh sepenuhnya.

"Starlink akan menyokong sambungan kepada organisasi bantuan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa di Gaza," katanya. 

Ia jaminan Musk sebagai balasan kepada satu ciapan Ahli Kongres Amerika Syarikat, Alexandria Ocasio-Cortez yang mengkritik tindakan Israel memutuskan rangkaian komunikasi di Gaza sebelum serangan darat dilaksanakan Jumaat lalu bagi menyekat kemampuan pejuang Hamas menyusun dan membuat serangan.

Starlink adalah ialah sistem buruj satelit yang bertujuan untuk menyampaikan liputan internet global, yang sangat sesuai untuk kawasan luar bandar dan terpencil secara geografi dengan sambungan internet sukar diperolehi atau tidak wujud.

Susulan pemberitahuan tersebut, Menteri Telekomunikais Israel telah mengeluarkan kenyataan bahawa Israel akan memutuskan segala kerjasama dengan Starlink.

“Israel memutuskan semua hubungan dengan Starlink dan Elon Musk kerana menyediakan sambungan satelit untuk kumpulan bantuan di Gaza.

“Menteri telekomunikasi Israel telah mengisytiharkan bahawa Israel akan menggunakan segala cara untuk memerangi perkara ini dan memutuskan semua hubungan dengan Starlink,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan di Gaza mengesahkan angka korban di wilayah itu telah meningkat kepada 7,703 mangsa termasuk lebih 3,500 kanak-kanak setelah rejim Zionis memperhebatkan kempen pengeboman sejak beberapa hari lalu. – Getaran, 29 Oktober 2023

Sumber Foto: X AllahGreatQuran

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 2 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad