web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sejarah Akan Menghukum Dunia Jika Gencatan Senjata Tidak Dilaksanakan Di Gaza - UNRWA

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 8:08PM

UNRWA menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza. gambar FB UNRWA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAMALLAH (Palestin) - Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini mengeluarkan amaran keras bahawa sejarah akan menghukum masyarakat dunia jika gencatan senjata tidak dilaksanakan di Gaza.

Dalam kenyataan akhbar, Lazzarini menekankan pentingnya orang ramai dilindungi tanpa mengira lokasi mereka, dan menunjukkan situasi krisis kemanusiaan yang teruk di Semenanjung Gaza sejak dua minggu lepas, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

"Kini hampir dua minggu imej tragedi manusia yang menyayat hati berlaku di Gaza. Wanita, kanak-kanak dan warga tua terbunuh, hospital dan sekolah dibom - tiada siapa yang terselamat," kata Lazzarini.

Beliau berkata, UNRWA turut kehilangan 35 petugasnya, kebanyakannya terbunuh semasa berada di rumah bersama keluarga mereka.

Lazzarini berkata, tentera pendudukan Israel memberi amaran kepada rakyat Palestin di Gaza supaya berpindah ke bahagian selatan Semenanjung Gaza ketika ia mengebom utara, namun serangan berterusan masih berlaku di selatan sehinggakan tiada tempat selamat lagi di Gaza.

Beliau berkata, 2.2 juta rakyat Palestin terperangkap dalam lingkungan 365 kilometer persegi yang diibaratkan sebagai penjara terbuka yang besar sejak 15 tahun lalu dengan kawalan dan sekatan udara, laut dan darat yang mengehadkan pergerakan penduduknya.

Menurut beliau, walaupun rundingan peringkat tertinggi dilakukan baru-baru ini bagi membenarkan bekalan kemanusiaan dibawa masuk ke Gaza, usaha itu tidak mencukupi untuk menangani krisis kemanusiaan yang sangat teruk ini.

Beliau berkata, bekalan mendesak seperti bahan api, dinafikan kepada Gaza, dan tanpa bahan api, bantuan kemanusiaan tidak dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan, selain tiada bekalan elektrik untuk hospital, air bersih dan makanan penduduk. - BERNAMA-WAFA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad