web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Rai Keluarga Bekas Rektor UIAM Di Riyadh

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2023 2:33PM

Perdana Menteri ketika melawat keluarga pemikir Islam tersohor Allahyarham Syeikh Prof Abu Hamid Abu Sulayman yang juga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di sebalik jadual padat sepanjang lawatan kerja dua hari ke Riyadh, Arab Saudi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa meraikan keluarga pemikir Islam tersohor Allahyarham Syeikh Prof Abu Hamid Abu Sulayman.

Allahyarham Syeikh Prof Abu Hamid adalah bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menerusi catatan di Facebook beliau, Anwar yang berkongsi beberapa keping gambar pertemuan itu berkata antara karya penting Syeikh Prof Abu Hamid yang sering dirujuk ialah Crisis in the Muslim Mind dan Islamization of Knowledge.

“Pertemuan dengan Faekah (isteri Syeikh Prof Abu Hamid) dan anak-anak menggamit kembali memori persahabatan lama keluarga kami sejak 1970-an khususnya pengalaman bersama membangunkan UIAM sebagai institusi pendidikan tinggi yang telah melahirkan ramai graduan dari seluruh dunia,” kata beliau.

Anwar tiba di Riyadh pada Khamis bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) semalam dan beliau telah mengetengahkan konflik semasa Palestin-Israel.

Anwar juga menghadiri majlis ramah mesra dengan rakyat Malaysia di Arab Saudi selain mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Liga Islam Sedunia Dr Muhammad bin Abdulkarim Al-Issa di pejabat liga berkenaan, semalam.

Hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aramco Amin H Nasser diikuti dengan beberapa lagi pertemuan dengan kapten industri dan firma gergasi Arab Saudi.

Beliau juga dijadual menghadap Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mahkota Mohammed bin Salman atas jemputan peribadi baginda bagi membincangkan lebih lanjut isu Palestin dan hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi. - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar