web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berkahwin Dalam Air Jadi Pilihan Pasangan Pengantin Ini

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2021 8:30AM

Chinnadurai dan Swetha mengikat perkahwinan mereka di dasar laut di Chennai. - Gambar dari Temple Adventures

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan pengantin dari India ini telah melangsungkan perkahwinan mereka dalam suasana yang berbeza dan unik iaitu berkahwin di dasar laut.

Majlis perkahwinan antara  V. Chinnadurai dengan Swetha itu diadakan di perairan Neelankarai, di Chennai.

Untuk itu, V Chinnadurai yang juga jurulatih skuba terpaksa melatih Swetha, selama berbulan-bulan demi menjayakan hasrat mereka.

Akhirnya, selepas semuanya bersedia, Chinnadurai dan Swetha yang berpakaian tradisional India telah melangsungkan perkahwinan mereka mengikut adat Hindu.

Sebagai sebahagian daripada upacara perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan menyelam pada awal pagi dan mengikat thali di dasar laut.

Menurut Swetha, dia berasa takut dan gementar namun berbekalkan latihan yang dilaluinya, dia menjadi yakin, apatah lagi keluarganya memberikan sokongan.

Perkahwinan unik ini dianjurkan oleh  SB Aravind dari Temple Adventures. Tarikh perkahwinan itu ditentukan berdasarkan kepada keadaan air dan hanya selepas penganjur yakin bahawa keadaan sesuai serta selamat untuk penyelam, barulah ia boleh diadakan.- Temple Adventures

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad