web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perhimpunan Solidariti Palestin Diadakan Di Beberapa Negara Eropah

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2023 12:38PM

Perarakan sokongan terhadap Palestin yang diadakan di depan bangunan Parlimen Scotland. - gambar Agensi Anadolu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GENEVA - Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin, ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.

Beratus-ratus berhimpun di Stockholm pada Sabtu sebagai membantah serangan Israel terhadap wilayah berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

"Free Palestine", "Free Jerusalem" dan "Freedom for Gaza" dilaungkan dan bendera Palestin dikibarkan oleh rakyat Sweden, Palestin, Arab dan dari pelbagai bangsa tanpa mengira peringkat umur.

Di Dublin, beribu-ribu peserta perhimpunan menyuarakan sokongan terhadap  Palestin, sambil melaungkan slogan "Palestine will be free" dan "Occupation no more."

Mereka juga membawa bendera dan sepanduk Palestin, menuntut kepungan di Gaza dihentikan.

Sentimen yang sama bergema di Scotland, dengan ribuan orang turun ke jalanan di Glasgow bagi menyatakan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.

Protes besar-besaran di Milan mempamerkan mesej yang sama: "Free Palestine."

Di Berlin, polis tidak membenarkan demonstrasi bagi menzahirkan solidariti dengan rakyat Palestin.

Sekumpulan peserta berkumpul di dataran di hadapan Pintu Brandenburg, selepas memohon permit untuk mengadakan tunjuk perasaan.

Bagaimanapun, polis meminta mereka meninggalkan dataran atas alasan protes diharamkan. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar