web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Amat Bimbang Peningkatan Keganasan Terkini Di Asia Barat

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 7:48PM

Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk bersikap penuh kawalan diri dan berusaha untuk mengurangkan ketegangan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia menyuarakan kebimbangan yang mendalam berhubung pertempuran yang semakin meningkat di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza, menekankan keperluan untuk menghentikan segera kehilangan nyawa, penderitaan dan kemusnahan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Ahad, Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk bersikap penuh kawalan diri dan berusaha untuk mengurangkan ketegangan.

“Puncanya mesti diakui. Rakyat Palestin telah mengalami pendudukan haram, sekatan dan penderitaan yang berpanjangan, penodaan Masjid Al-Aqsa, serta politik perampasan oleh Israel sebagai penjajah.

“Ketidakkonsistenan untuk bertindak ke atas rejim Israel menimbulkan persoalan penguatkuasaan seragam prinsip antarabangsa dan menyerlahkan keperluan untuk pendirian yang lebih konsisten dalam menangani pentadbiran apartheid,” menurut kenyataan itu.

Ia menambah bahawa tidak sepatutnya ada layanan yang tidak seimbang dan kemunafikan terang-terangan dalam menangani mana-mana rejim yang mengamalkan apartheid dan melanggar hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa.

Mengulangi hak undang-undang rakyat Palestin, Malaysia menegaskan bahawa mereka mempunyai hak untuk hidup dengan aman dalam sempadan mereka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka, serta hak rakyat Palestin yang tidak boleh dipisahkan untuk pulang ke rumah dan harta mereka dari mana mereka telah dipindahkan.

Malaysia juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) segera mengadakan sidang tergempar bagi menuntut semua pihak menghentikan keganasan serta menghormati dan melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah.

Wisma Putra berkata UNSC mesti memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan oleh Piagam untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Peningkatan keganasan itu berikutan serangan mengejut oleh Hamas pada awal Sabtu yang melibatkan berpuluh-puluh pejuang yang menyusup masuk ke bandar-bandar Israel berhampiran enklaf di tengah-tengah tembakan hebat roket, lapor Agensi Anadolu (AA) sebelum ini.

Kementerian Kesihatan Israel berkata sekurang-kurangnya 300 warga Israel terbunuh dan lebih 1,500 cedera dalam serangan itu.

Lebih 250 rakyat Palestin sementara itu terbunuh dan lebih 1,700 cedera dalam serangan udara Israel di Gaza, menurut Kementerian Kesihatan.

Netanyahu berikrar untuk menggunakan semua kekuatan Israel untuk memusnahkan keupayaan Hamas dan "membalas dendam untuk hari hitam ini." - BERNAMA

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar