web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Musnahkan Bom Perang Dunia Kedua Seberat 100kg

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 3:34PM

Pihak berkuasa Singapura akan melaksanakan pelupusan terkawal bom Perang Dunia Kedua hari ini. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan melaksanakan pelupusan terkawal bom Perang Dunia Kedua seberat 100 kilogram hari ini.

Operasi pemusnahan peninggalan perang itu akan dilakukan di tapak pembinaan di sepanjang Upper Bukit Timah Road antara jam 8 pagi dan 7 malam waktu tempatan, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) menerusi laman sesawangnya.

Menurut SPF, pihaknya dimaklumkan mengenai bom yang ditemui di tapak pembinaan itu semasa kerja-kerja penggalian pada 20 September jam 11.57 pagi.

SAF EOD membuat penilaian bahawa peninggalan perang itu adalah bom Perang Dunia II seberat 100kg serta ia tidak selamat untuk dipindahkan dan mesti dilupuskan di lokasi.

Sekatan di sepanjang 200 meter dari lokasi bom berkenaan ditemui dan penutupan jalan juga akan dilaksanakan di kawasan sekitar mulai jam 11 pagi demi keselamatan orang ramai.

Orang ramai akan dimaklumkan apabila jalan dibuka semula, menurut kenyataan itu.

SPF sudah berhubung dengan penduduk yang terkesan dan pihak berkepentingan lain serta kedai-kedai di sepanjang Upper Bukit Timah Road, serta pihak pengurusan Sekolah Menengah Greenridge.

"Mereka perlu mengosongkan sementara bangunan mereka sementara operasi pemusnahan terkawal," katanya.

Semasa penutupan jalan, akses hanya diberikan kepada polis, SAF, kenderaan kecemasan dan mereka yang diberi kuasa.

SPF menjelaskan ia sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dan pegawai SAF EOD demi memastikan pemusnahan terkawal dan dijalankan dengan selamat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengeboman Di Bali: 2 Rakyat Malaysia Di Guantanamo Mengaku Bersubahat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bawa Segera Dalang Pengeboman Wilayah Kerman Ke Muka Pengadilan - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bom Lama Sebesar Tong Gas Ditemui Di Gemas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Emel Ancaman Bom Pernah Dikesan Di Jamaica - KPN

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Menang Atau Kalah, Saya Tetap Perdana Menteri’ - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar