web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi: Pemimpin Kesatuan Eropah Bersolidariti Dengan Maghribi

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2023 10:34AM

Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Maghribi lewat Jumaat, memusnahkan bangunan dan menyebabkan penduduk bergegas keluar dari rumah untuk menyelamatkan nyawa. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Kesatuan Eropah (EU) dan negara anggotanya menghantar surat kepada Raja Maghribi, Mohammed VI pada Sabtu menyampaikan solidariti dan ucapan takziah selepas gempa bumi dahsyat melanda negara Afrika Utara itu.

Surat yang diketuai oleh Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dimulakan dengan ucapan takziah atas kehilangan nyawa yang tragis akibat gempa itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Kami amat sedih dengan akibat buruk daripada peristiwa tragis ini. EU dan negara anggotanya bersolidariti penuh dengan rakyat Maghribi pada saat yang sukar ini.

"Sebagai rakan rapat dan rakan kongsi Maghribi, kami sedia membantu dalam apa jua cara yang anda anggap berguna," katanya.

Surat itu ditandatangani oleh Michel, pemimpin negara anggota EU dan Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula Von der Leyen.

Sekurang-kurangnya 2,012 orang terbunuh manakala 2,059 lagi cedera berikutan gempa bumi kuat yang melanda Maghribi, AA memetik Kementerian Dalam Negeri negara itu sebagai berkata pada Sabtu. Kecederaan termasuk 1,404 kes kritikal.

Kematian akibat gempa dengan magnitud 7 berlaku di beberapa wilayah, termasuk El-Houz, Taroudant, Chichaoua, Tiznit, Marrakech, Azilal, Agadir, Casablanca dan Youssoufia. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Tidak Terikat Beri Hak Sama Rata Kepada Pemegang Kad UNHCR - Pakar

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar