web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 600 Nyawa Terkorban Susulan Gempa Bumi Maghribi

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 3:29PM

Penduduk meninggalkan rumah masing-masing dan berkumpul di tempang lapang. - gambar XINHUA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RABAT – Lebih 600 kematian dicatatkan susulan kejadian gempa bumi berskala 7.0 skala Richter melanda Maghribi pada jam 11.11 malam Jumaat waktu tempatan.

Agensi yang memetik media tempatan melaporkan sebanyak 632 kematian dan 329 mangsa yang cedera susulan gempa bumi yang berlaku.

Sementara itu, BERNAMA-XINHUA melaporkan gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter menggegarkan Maghribi pada 11.11 malam waktu tempatan (2211 GMT) Jumaat, menurut Kajian Geologi AS.

Pusat gempa dengan kedalaman 18.5 kilometer ditentukan pada 31.11 darjah utara dan 8.44 darjah barat, kira-kira 70 kilometer barat daya Marrakesh.

Selepas kejadian, penduduk Fes di sebuah bandar di utara Maghribi, meninggalkan rumah mereka dan berkumpul di jalan raya kerana bimbang berlakunya gegaran susulan, lapor Xinhua.

Gempa bumi dirasai di banyak bandar di seluruh Maghribi, termasuk Rabat dan Casablanca.

Banyak kediaman runtuh di bandar Taroudant dan Marrakesh, lapor media tempatan. -BERNAMA-XINHUA 

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

Kemenangan Pilihan Raya Bukan Mandat Untuk Ampun Individu Tertentu - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad