web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jepun Pantau Rapat Situasi Pelepasan Air Terawat Fukushima

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2023 5:04PM

Yosuke ketika ditemubual oleh BERNAMA. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jepun mula menyalurkan air terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daaiichi ke laut pada tengah hari Khamis (waktu Malaysia, 24 Ogos), dan akan memantau tahap radioaktiviti di laut dan persekitaran bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Setiausaha Pertama kedutaan Jepun di Malaysia, Yosuke Kurotani berkata dengan penglibatan berterusan IAEA dari sudut pandangan bebas, Jepun dan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) terus komited untuk memastikan pengaliran yang selamat.

"Selepas bermulanya pelepasan  ke laut, Jepun akan terus menjalankan tiga jenis pemantauan iaitu pemantauan air terawat dalam tangki, pemantauan secara langsung, dan pemantauan kawasan laut.

"Jika berlaku sebarang kejadian, seperti tahap radioaktiviti melebihi piawaian, langkah yang sewajarnya termasuk menghentikan pengaliran atau menangguhkan operasi akan diambil.

"Tambahan pula, hasil pemantauan oleh kerajaan Jepun dan TEPCO akan diumumkan kepada masyarakat tempatan dan komuniti global. Kami akan terus berusaha untuk memastikan pembuangan yang selamat, dengan penyertaan IAEA yang berterusan, termasuk hasil tinjauannya."

Kurotani memberitahu Bernama ketika ditanya mengenai persiapan yang sedang berlangsung di loji kuasa Fukushima, pada Khamis akan mengalirkan lebih 1.33 juta meter padu air terawat yang telah terkumpul di tapak itu sejak bencana nuklear pada 2011 berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami Tohoku.

Kurotani menekankan keputusan pelepasan air terawat berkenaan dibuat berdasarkan proses pengesahan teknikal, serta memantau keadaan cuaca dan laut semasa pembuangan air sisa.

"Secara khususnya, apabila mengalirkan air terawat sistem pemprosesan cecair maju (ALPS) ke dalam laut, ia telah disahkan bahawa bahan radioaktif selain tritium berada di bawah piawaian kawal selia sebelum dialirkan, dan hanya tritium yang memenuhi piawaian kawal selia yang akan dibuang ke laut.

"Bagaimanapun, ia akan mengambil masa kira-kira dua hari untuk mengesahkan keselamatan terakhir. Di samping itu, jika tiada masalah berkaitan cuaca dan keadaan laut, air akan dialirkan ke laut pada 24 Ogos," katanya.

Kurotani berkata bahawa pelepasan sisa air itu akan dijalankan oleh TEPCO dengan semua kakitangan IAEA sudah berada di stesen kuasa Fukushima TEPCO.

Komuniti global boleh menyemak dan mengikuti kemas kini terkini mengenai peristiwa bersejarah ini melalui laman sesawang rasmi TEPSO, https://www.tepco.co.jp/en/decommission/progress/watertreatment/index-e.html.

Media antarabangsa melaporkan bahawa kerajaan Jepun telah menyatakan bahawa pelepasan sisa air ini adalah langkah yang perlu untuk penyahtauliahan loji kuasa itu, yang terletak di pantai timur negara itu, kira-kira 220km (137 batu) di timur laut ibu negara Tokyo.

Jepun telah mengumpul dan menyimpan air tercemar dalam tangki selama lebih dari satu dekad, tetapi ruang semakin berkurangan, menurut laporan.

Namun, negara jiran seperti Korea Selatan dan China menyuarakan bantahan mereka terhadap langkah Jepun kerana dikhuatiri ia boleh membawa akibat negatif untuk jangka masa panjang.

Sementara itu, selepas Jepun memulakan pelepasan sisa air terawat ke laut, Kementerian Luar China dalam satu kenyataan mengulangi bahawa negara itu dengan teguh menentang dan mengecam langkah itu.

"Kesannya melampaui sempadan Jepun, dan isu ini bukanlah hanya mengenai Jepun semata-mata.

"Sejak manusia mula menggunakan tenaga nuklear untuk tujuan aman, tiada sebarang piawaian yang diiktiraf umum untuk mengalirkan sisa air tercemar nuklear ke dalam laut," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan