web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelepasan Sisa Air Fukushima Boleh Akibatkan Bencana Global, Amaran Pakar

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2023 2:07PM

Stesen Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi. - gambar Xinhua

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISTANBUL - Seorang pakar dalam penyelidikan air memberi amaran bahawa pelepasan sisa air nuklear Fukushima oleh Jepun ke Lautan Pasifik boleh membawa maut.

Rancangan Jepun untuk membebaskan sisa air tercemar ke laut telah mencetuskan kebimbangan global, kata ketua Gabungan Jurutera Pertanian Istanbul, Murat Kapikiran.

"Dunia tahu bahawa isotop cesium (bahan radioaktif) dalam air yang tercemar mempunyai separuh hayat iaitu selama 30 tahun. Isotop ini berbahaya dan boleh membawa maut sekiranya bersentuhan dengan makhluk hidup.

“Malah diketahui satu miligram daripadanya sudah cukup berbahaya untuk memusnahkan bangunan besar.

"Oleh itu, pembuangan sisa air ini boleh membawa kepada bencana global yang meluas," kata Kapikiran kepada Xinhua dalam temu bual dalam talian.

Beliau percaya air yang tercemar boleh merebak ke seluruh dunia dibawa arus laut yang kuat, hingga memberi kesan kepada kesihatan manusia.

"Bahan nuklear akan terkumpul di dalam daun pasti akan membahayakan kesihatan manusia, atau struktur luar biasa dalam rantai makanan akan mempunyai kesan penyebab kanser."

Beliau menyatakan bahawa pencemaran itu akan memberi kesan besar kepada ikan di sepanjang pantai, terutamanya di Pasifik.

"Boleh dikatakan dengan jelas bahawa ia akan menjejaskan telur ikan dengan ketara dan menyebabkan mutasi dalam populasi ikan dan tumbuhan akuatik," katanya sambil menyatakan ia boleh membawa maut kepada mereka yang mengambil produk itu.

Kapikiran menggesa Jepun bertindak berdasarkan data saintifik dan menggunakan kaedah lain untuk menangani sisa air yang tercemar tanpa merosakkan alam sekitar.

Beliau menyuarakan harapan untuk yang mengutamakan faedah global, mengatakan bahawa adalah lebih baik untuk membersihkan cesium dan isotop radioaktif lain serta unsur-unsur lain daripada air dan kemudian melepaskannya ke alam semula jadi.

Menurut laporan media, Jepun sedang mempertimbangkan untuk membebaskan air Fukushima ke laut pada akhir Ogos atau awal September. - BERNAMA-XINHUA

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad