web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mayat Ahli Perniagaan Dalam Peti Sejuk, 4 Suspek Ditahan Di Thailand

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 9:58PM

Tiga daripada suspek disyaki menggergaji mayat terlebih dahulu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK, 13 Julai -- Pihak berkuasa Thailand menahan tiga warga Jerman dan seorang lelaki Pakistan berusia 27 tahun berhubung penemuan mayat ahli perniagaan Jerman yang dikerat di Thailand,  Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Bangkok Post.

Suspek warga Jerman ialah seorang lelaki berusia 52 tahun dan dua wanita berusia 52 dan 54 tahun, lapor Bangkok Post pada Khamis, memetik penyiasat. Semua  suspek menafikan ada kaitan dengan kematian ahli perniagaan berusia 62 tahun itu.

Mangsa dilaporkan hilang pada 4 Julai. Mayatnya ditemui pada Isnin dalam peti sejuk di sebuah kediaman di Nong Prue, pinggir bandar di pusat peranginan terkenal Pattaya di wilayah Chonburi.

Tiga daripada mereka yang ditahan disyaki menggergaji mayat kepada 13 bahagian sebelum menyembunyikannya dalam beg plastik, akhbar itu memetik polis.

Suspek keempat yang juga seorang wanita dikatakan telah menyewa rumah tempat mayat mangsa ditemui. Beberapa saluran berita tempatan melaporkan wanita itu sedang dirawat di hospital kerana kecederaan, yang disyaki pihak berkuasa akibat tindakannya sendiri.

Kematian ahli perniagaan itu dipercayai berkaitan dengan pemerasan, menurut penyiasat. Pada Rabu, akhbar Khaosod melaporkan bahawa sejumlah tiga juta baht (sekitar US$87,000) telah dipindahkan daripada akaun mangsa ke 10 akaun lain. -- BERNAMA-dpa

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sarjan Polis Maut Kemalangan, Polis Buru Pemandu Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Tambah RM10 Juta Bantu Pemandu Teksi Tukar Kenderaan Lama

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad