web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPR Thailand Sahkan Keputusan Pilihan Raya Bolehkan Pembentukan Kerajaan Baharu

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 7:32AM

Parti golongan muda Move Forward yang diterajui Pita Limjaroenrat memperoleh lebih 14.2 juta undi dan memenangi 151 daripada 500 kerusi di Dewan Perwakilan pada pilihan raya bulan lalu - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand hari ini memperakui keputusan Pilihan Raya Umum 14 Mei lepas yang membuka laluan kepada penggal baharu Parlimen yang akan bersidang dalam tempoh 15 hari selain pembentukan kerajaan baharu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Kesemua 500 kerusi Dewan Perwakilan - 400 kerusi kawasan pilihan raya dan 100 kerusi senarai parti yang diperuntukkan berdasarkan perwakilan berkadar, telah pun disahkan.

Setiausaha Agung SPR, Sawaeng Boonmee, berkata walaupun SPR telah memperakui keputusan semua kerusi, siasatan mengenai penipuan pilihan raya akan terus dijalankan dalam tempoh setahun.

Selepas pengesahan kesemua 500 Ahli Parlimen semalam, Parlimen baharu mesti bersidang dalam tempoh 15 hari untuk memilih Speaker dan timbalan speaker yang baharu.

Speaker Dewan akan menetapkan tarikh sesi bersama 500 ahli Dewan Perwakilan yang dipilih dan 250 senat untuk mengundi memilih perdana menteri baharu.

Media tempatan melaporkan Parlimen baharu dijangka bersidang pada 3 Julai.

Mengenai aduan terhadap 71 Ahli Parlimen di 37 kawasan yang didakwa melanggar peraturan pilihan raya, Sawaeng berkata SPR tidak dapat menyelesaikan siasatan dalam tempoh 60 hari.

Oleh itu, suruhanjaya memutuskan untuk memperakui keputusan semua kerusi terlebih dahulu.

Mengenai siasatan terhadap pemimpin parti Move Forward dan calon perdana menteri, Pita Limjaroenrat, Sawaeng berkata siasatan masih belum selesai.

Pita sedang disiasat bagi menentukan sama ada beliau layak bertanding dalam pilihan raya umum bulan lepas kerana pemilikan saham dalam iTV Plc, penyiar yang menghentikan operasi pada 2017, yang mengikut undang-undang pilihan raya beliau tidak boleh bertanding.

Parti golongan muda Move Forward yang diterajui  Pita memperoleh lebih 14.2 juta undi dan memenangi 151 daripada 500 kerusi di Dewan Perwakilan pada pilihan raya bulan lalu.

Gabungan lapan parti yang diketuai oleh Parti Move Forward, ditubuhkan dan menguasai 313 daripada 500 kerusi Dewan.

Namun, tiada jaminan bahawa gabungan Pita akan berjaya membentuk kerajaan kerana ia masih perlu mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya 63 ahli Senat yang dilantik oleh kerajaan tentera Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha selepas rampasan kuasa 2014, untuk mengumpul 376 undi secara keseluruhan.

Berdasarkan sejarah, para senator sebelum ini menyebelahi parti yang disokong tentera. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 minit yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

C4 Center, Bersih Gesa Kerajaan Dedah Hasil Siasatan Kes Azam Baki

oleh Sophia Ahmad