web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Tanda Wakil ASEAN Hadir Perbincangan Dengan Myanmar Seperti Dicadangkan Kerajaan Sementara Thailand

Luar Negara Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 7:18AM

The Irrawaddy, sebelum ini melaporkan bahawa Don Pramudwinai, dalam sebuah surat mencadangkan untuk menganjurkan pertemuan tidak rasmi bersama Myanmar pada 18-19 Jun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Terdapat petunjuk bahawa tiga negara anggota ASEAN tidak akan hantar wakil mereka ke perbincangan tidak rasmi pada hari Ahad untuk 'libat urus semula' dengan Myanmar, seperti yang dicadangkan oleh kerajaan sementara Thailand.

“Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, tidak akan datang ke Bangkok. Tidak akan ada wakil dari Malaysia,” kata sumber kepada Bernama.

Reuters melaporkan bahawa Indonesia selaku Pengerusi ASEAN telah menolak untuk menghadiri mesyuarat yang dicadangkan dan Kementerian Luar negeri Indonesia berkata bahawa mereka "tidak mengetahui" mengenai jemputan itu.

Sementara itu, Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan, dalam sidang media bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, di Washington, berkata 'terlalu awal untuk libat urus semula dengan junta pada peringkat persidangan ataupun peringkat menteri luar' kerana tidak ada petunjuk keadaan di Myanmar pulih selepas lebih dari dua tahun.

Kementerian Luar Thailand juga enggan mengulas mengenai perbincangan tidak rasmi itu.

Laman web berita Myanmar, The Irrawaddy, sebelum ini melaporkan bahawa Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai, dalam sebuah surat mencadangkan untuk menganjurkan pertemuan tidak rasmi bersama Myanmar pada 18-19 Jun.

Pertemuan itu merupakan sebahagian daripada kenyataan sebuah negara anggota ASEAN" semasa sidang pemimpin di Indonesia pada bulan Mei yang menyatakan bahawa sudah tiba masanya bagi blok ini untuk "libat urus semula sepenuhnya dengan Myanmar pada peringkat pemimpin", kata surat itu.

"Jika pertemuan menteri tidak rasmi ini mencapai kemajuan positif yang ketara, kami ingin mencadangkan agar pertemuan pemimpin berjalan seterusnya," kata surat itu menurut The Irrawaddy.

Sejak junta menggulingkan kerajaan sivil pimpinan Aung San Su Kyi dalam kudeta pada 1 Februari 2021, Myanmar telah menyaksikan ketidakstabilan dengan konflik antara orang awam dan angkatan bersenjata berlaku berulang kali.

5PC, yang disepakati ASEAN pada April 2021 selepas kudeta tentera itu adalah; menghentikan keganasan dengan segera; mengadakan dialog dengan semua pihak yang berkepentingan; melantik seorang utusan khas untuk memudahcara mediasi; membenarkan delegasi mengunjungi dan berjumpa dengan pihak berkepentingan di Myanmar; dan membenarkan ASEAN menyediakan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

Bagaimanapun, memandangkan terdapat hanya sedikit kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaan 5PC, pemimpin junta Myanmar telah dihalang daripada menghadiri mesyuarat peringkat tinggi ASEAN. 

Sejak kudeta tentera, lebih daripada 3,600 orang awam telah terbunuh, lebih daripada 19,000 ditahan, dan lebih daripada 1.8 juta orang telah hilang tempat tinggal atau melarikan diri dari negara itu, mengikut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik (AAPP). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

ASEAN Main Peranan Besar Sebagai Jambatan Penyatuan Serantau - PM

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Timor-Leste Secara Rasmi Sertai ASEAN, Lengkapkan Peta Asia Tenggara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pertemuan Dengan Trump Berjalan Ikut Jadual, PM Terima Memorandum Sokongan 16 NGO

4

Pendidikan 7 bulan yang lalu

102 Sekolah Di KL, Selangor Laksana PdPR Dan BDR Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 - KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan