web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seorang Lagi Pendaki Hilang Di Gunung Everest

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 12:13PM

Seorang pendaki solo warga Hungary dilaporkan hilang selepas terputus hubungan ketika berada di laluan tirus Hillary Step - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KATHMANDU - Seorang pendaki solo warga Hungary dilaporkan hilang selepas terputus hubungan ketika berada di laluan tirus Hillary Step yang terletak antara South Col dan puncak Gunung Everest.

Menurut penganjur ekspedisi, Suhajda Szilard gagal dikesan sejak kelmarin dan dipercayai cuba menawan puncak tertinggi dunia itu secara bersendirian tanpa bekalan oksigen dan bantuan malim gunung.

Pengurus Besar Seven Summit Treks, Thaneswar Guragai berkata, lokasi terakhirnya adalah di Hillary Step pada ketinggian 8,700 meter berdasarkan isyarat GPS (penentu kedudukan sejagat),

Bagaimanapun, katanya, tiada lagi isyarat selepas itu.

Tambah Guragai, pada musim pendakian lalu, Szilard melakukan pendakian gaya alpine yang memerlukan peralatan teknikal di Gunung Lhotse, Gunung K2 dan Broad Peak.

“Cuma kali ini dia meminta sedikit bantuan terutama apabila berada di EBC (Base Camp Gunung Everest),” katanya.

Guragai memaklumkan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan kedudukan Szilard tetapi cuaca buruk menjejaskan usaha operasi dan menyelamat (SAR).

Malah katanya, Szilard sebelum ini pernah meminta sherpa untuk naik dari Kem 3 ke Kem 4, di mana dia dijadualkan untuk kembali.

Menurut M4 Sport, kedua-dua Sherpa itu sudah tiba di Kem 4.

Katanya, mereka akan melakukan pencarian di sekitar tapak tersebut. – Agensi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad