web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Myanmar, Jenayah Rentas Sempadan Dan 'Job Scam' Hangat Dibincangkan Di Mesyuarat ASEAN

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 7:04AM

Zambry Abdul Kadir (kanan) pada Mesyuarat Menteri Luar ASEAN sempena Persidangan Kemuncak ASEAN (ASEAN Summit) 2023 semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN BAJO - Isu Myanmar, jenayah rentas sempadan dan 'job scam' jadi topik perbincangan hangat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023, yang berlangsung di bandar Manggarai Barat, provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata beliau telah menyertai tiga mesyuarat pada Selasa - Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri (AMM), Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN Ke-26 (APSC) dan Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN Ke-33 (ACC ke 33) pada Selasa.

Dalam mesyuarat AMM itu, menteri-menteri membincangkan Konsensus Lima Perkara (5PC) yang kekal sebagai mekanisme utama dalam menangani situasi di Myanmar.

Ia perlu dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh pihak-pihak berkenaan serta menyokong usaha-usaha Pengerusi ASEAN dalam berdialog dengan semua pemegang taruh di Myanmar.

Negara ASEAN akan terus menerajui usaha-usaha kemanusiaan di Myanmar menerusi Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre) dan bersetuju perlunya keganasan dihentikan segera bagi memudahcara usaha-usaha kemanusiaan, kata Zambry dalam sidang media.

Beliau berkata peranan utusan khas (special envoy) ASEAN ke Myanmar, yang kini giliran Indonesia, juga perlu diteruskan untuk mengelakkan timbulnya masalah apabila berlaku pertukaran Pengerusi ASEAN.

Beliau berkata dalam mesyuarat itu menteri-menteri juga mengambil maklum mengenai kecenderungan negara luar (external partner) seperti Arab Saudi, Panama dan Sepanyol untuk mewujudkan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).

"Negara-negara luar melihat ASEAN ini berkembang dan dapat bergerak dalam keadaan yang baik," katanya, sambil menambah Malaysia mengulangi sokongan permohonan Maldives untuk menyertai TAC.

Zambry turut menyampaikan laporan berhubung kedudukan Malaysia sebagai negara koordinator yang dipertanggungjawabkan untuk menyusun pertemuan Sidang Kemuncak ASEAN-Kanada pada September dan ASEAN-GCC di Riyad, Arab Saudi pada Oktober.

Di mesyuarat APSC, Malaysia menekankan berkenaan jenayah rentas sempadan termasuk pemerdagangan manusia yang menjadi antara isu utama di rantau Asia Tenggara khususnya yang berkaitan dengan job scam (tawaran pekerjaan palsu).

"Malaysia telah memaklumkan mengenai usaha-usaha negara di peringkat domestik dan serantau dalam membendung dan membanteras isu ini termasuk penubuhan Mesyuarat Antara Agensi berhubung Penyelarasan Isu Sindiket Tawaran Pekerjaan Palsu yang diketuai oleh Kementerian Luar Negeri dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri. 

"Mekanisme ini juga telah mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak termasuk INTERPOL dan ASEANAPOL bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat awam," katanya.

Zambry berkata Malaysia juga akan meneruskan kerjasama erat dengan Kemboja dan Thailand bagi tujuan perkongsian maklumat, penyelarasan misi bantuan, mengenal pasti sindiket-sindiket yang berkaitan dan dalam melaksanakan siasatan secara komprehensif bagi mendakwa pihak-pihak yang terlibat.

Sementara itu di Mesyuarat ACC ke-33, Malaysia menyambut baik kemajuan dalam pelaksanaan “Syor Memperkasa Kapasiti ASEAN dan Keberkesananya sebagai Institusi”, serta menambah baik mekanisme-mekanisme yang diterajui ASEAN.

Mengenai Timor-Leste, Malaysia turut mengulangi sokongan terhadap permohonan negara itu untuk menyertai ASEAN dan mengalu-alukan sidang kemuncak menerima pakai Pelan Hala Tuju Penyertaan Timor-Leste ke ASEAN. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar