web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyanyi Rap The Fugees Didapati Bersalah Melobi Secara Haram Dengan Jho Low

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 9:15AM

Pras Michel - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON – Pras Michel, seorang penyanyi rap pada 1990-an dari kumpulan hip hop The Fugees, didapati bersalah oleh Juri Mahkamah Persekutuan Washington semalam.

Dia didapati berkomplot dengan ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk cuba mempengaruhi pentadbiran dua bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Donald Trump.

Selepas perbicaraan yang menampilkan bintang Hollywood Leonardo DiCaprio sebagai saksi, Michel didakwa atas 10 pertuduhan konspirasi, bertindak sebagai ejen kerajaan asing, mengganggu saksi, pengubahan wang haram dan memalsukan rekod kewangan kempen.

Dalam perbicaraan terbabit, Michel disoal balas secara terperinci oleh pasukan pendakwa raya, yang mencabar sebahagian besar kenyataannya ketika dia memberi keterangan pembelaan.

Jho Low yang turut menghadapi pertuduhan berasingan di New York didakwa menggelapkan AS$4.5 bilion (RM20 bilion) daripada dana kekayaan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kini masih bebas.

Menurut pendakwa raya, The Fugees memenangi dua Anugerah Grammy untuk album terlaris pada 1996, The Score.

Namun, menjelang 2012, Michel sangat memerlukan wang tunai dan menemui penyelesaian melalui Jho Low, yang terkenal kerana mengadakan pesta mewah dan membayar sejumlah besar wang kepada selebriti.

Pendakwa raya berkata, Michel bersetuju untuk menyalurkan kira-kira AS$2 juta (RM9 juta) daripada Jho Low ke dalam kempen pemilihan semula Obama pada 2012 sebagai pertukaran untuk menerima berjuta-juta dolar lagi.

Oleh kerana undang-undang pilihan raya Persekutuan melarang warga asing menderma kepada kempen AS, pendakwa raya berkata, Michel menyembunyikan sumber dana itu.

Michel juga dituduh berusaha meyakinkan Jabatan Kehakiman era Trump untuk menggugurkan penyiasatan sivil dan jenayah terhadap Jho Low berhubung skandal 1MDB dan cuba melobi kerajaan AS bagi pihak China untuk menghantar pulang bilionair dan pembangkang China, Guo Wengui, kembali ke negaranya.

Guo sendiri kini ditahan atas tuduhan menipu pelabur manakala Michel, 50, didapati bersalah dalam 10 pertuduhan terhadapnya dan boleh dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi tuduhan paling serius, menurut Jabatan Keadilan AS.

Ketika di kandang saksi, Michel turut mengakui bahawa dia menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk membayar tiga rakannya bagi menghadiri dua kutipan derma politik untuk kempen Obama pada 2012.

Bagaimanapun dia menafikan berbuat demikian atas arahan Jho Low. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bugatti Dirampas Di Munich, Jerman Dipercayai Milik Jho Low

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Didapati Bersalah Tuduhan Bersubahat Pecah Amanah, Salah Guna Harta, Ubah Wang Haram

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar