web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pilihan Raya Thailand: Pengundi Luar Negara Mula Mengundi Pada Selasa

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 7:00AM

Pengundian awal akan berakhir pada 5 Mei bagi memastikan kertas undi sampai di Thailand pada hari pengundian. - Gambar hiasan oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Menjelang Pilihan Raya UmumThailand pada 14 Mei nanti, rakyat di luar negara akan mula mengundi pada Selasa (25 April) di pejabat kedutaan dan konsulat agung.

Terdapat sejumlah 115,139 warga Thailand berdaftar sebagai pengundi luar negara.

Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sawaeng Boonmee berkata pengundian awal akan berakhir pada 5 Mei bagi memastikan kertas undi sampai di Thailand pada hari pengundian. 

Beliau berkata kertas undi itu akan dihantar ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Thailand melalui ‘diplomatic pouches’ atau dibawa sendiri oleh pegawai kedutaan sebelum diedarkan ke kawasan masing-masing dan dikira pada hari pengundian.

Timbalan Jurucakap Kerajaan Ratchada Thanadirek berkata SPR mungkin menetapkan tarikh pengundian baharu bagi warga Thailand di Sudan disebabkan konflik di negara itu.

Kementerian Luar Negeri (MFA) dan agensi berkaitan akan bekerjasama rapat untuk memastikan semua kertas undi akan sampai ke Thailand pada masa yang ditetapkan.

MFA telah membangunkan Sistem Pemantauan Pengundian Luar Negara (OVMS) untuk memantau perkembangan situasi di pusat pengundian di luar negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek