web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


270 Terbunuh Dalam Konflik Ketenteraan Di Sudan Yang Memasuki Hari Keempat

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 4:12PM

Pertempuran ganas bersambung semula pada pagi Selasa berhampiran kem tentera Sudan, istana presiden, Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, dan di beberapa kawasan di pangkalan RSF di selatan ibu negara. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KHARTOUM (Sudan) - Pertempuran antara Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan telah mengorbankan kira-kira 270 orang dan mencederakan lebih 2,600 sehingga Selasa, dengan tembakan dan letupan masih kedengaran merentasi bandar itu.

Pertempuran ganas bersambung semula pada pagi Selasa berhampiran kem tentera Sudan, istana presiden, Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, dan di beberapa kawasan di pangkalan RSF di selatan ibu negara, menurut laporan media.

Pada Selasa, RSF mengumumkan ia menerima inisiatif antarabangsa untuk gencatan senjata dengan tentera Sudan selama 24 jam atas sebab kemanusiaan, manakala tentera Sudan dalam satu kenyataan mendakwa ia tidak mengetahui sebarang koordinasi dengan pengantara serta masyarakat antarabangsa mengenai gencatan senjata itu.

Tentera Sudan mendakwa pengumuman oleh RSF mengenai gencatan senjata 24 jam itu bertujuan menutup kekalahan dan kehancuran pasukan itu dalam tempoh beberapa jam lagi.

Anggota bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa berkata operasi kemanusiaan mereka terhad disebabkan keadaan yang semakin buruk di seluruh Sudan ekoran pertempuran yang berlaku.

“Keupayaan terhad untuk memindahkan kakitangan dan bekalan,” kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB.

“Rompakan premis kemanusiaan mesti dihentikan. Serangan ke atas aset dan kemudahan kemanusiaan akan menjejaskan keupayaan kami untuk meneruskan operasi menyelamat nyawa,” katanya.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata terdapat laporan bahawa beberapa kemudahan perubatan di Sudan dirompak atau digunakan untuk tujuan ketenteraan, selain hospital di negara itu mengalami kekurangan kakitangan perubatan dan bekalan, gangguan bekalan elektrik, air, kekurangan bahan api untuk penjana kuasa dan faktor lain yang menimbulkan cabaran kepada pekerja kesihatan dan ambulans yang meletakkan lebih banyak nyawa dalam bahaya, lapor Xinhua.

“WHO menggesa semua pihak supaya mematuhi kewajipan mereka mengikut undang-undang antarabangsa. Kemudahan penjagaan kesihatan dan pekerja tidak boleh menjadi sasaran, terutama dalam keadaan terdapat ribuan orang awam memerlukan akses kepada rawatan kecemasan,” katanya.

Kementerian Luar Sudan pada Selasa menuduh RSF menyerang ibu pejabat misi diplomatik di ibu negara.

“Langkah terdesak oleh pemberontak Rapid Support Forces menggunakan kenderaan berperisai dan senjata berat di kawasan kediaman dan tempat awam meletakkan ibu pejabat dan kakitangan misi diplomatik serta organisasi antarabangsa dan serantau dalam bahaya,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Pertempuran antara Tentera Sudan dan RSF meletus pada pagi Sabtu. Kedua-dua pihak menggunakan kereta kebal, artileri, jet pejuang dan senjata berat lain dalam pertempuran mereka. - Bernama-Xinhua

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tehran, Khartoum Setuju Pulihkan Hubungan, Buka Semula Kedutaan

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Angka Kematian Di Sudan Meningkat Kepada 850 Orang 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Konflik Sudan: 3 Lagi Rakyat Malaysia Dibawa Pulang Lusa

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Akan Bawa Keluar 2 Rakyat Malaysia Di Sudan Jika Keadaan Memerlukan - Zambry

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad