web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Thailand Kembali Raikan Songkran Berskala Penuh Selepas COVID-19

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2023 10:13AM

Sebagai sebahagian daripada budaya tradisional Thailand, adalah menjadi kebiasaan untuk menyambut tahun baharu dengan menyimbah air antara satu sama lain - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand kembali meraikan perayaan Songkran secara besar-besaran selepas tiga tahun dilanda pandemik COVID-19.

Cuti Songkran tahun ini bermula dari 13 hingga 17 April dan sambutan itu mengembalikan kemeriahan dan kegembiraan selepas sekatan terhadap aktiviti sosial ketika pandemik.

Sebagai sebahagian daripada budaya tradisional Thailand, adalah menjadi kebiasaan untuk menyambut tahun baharu dengan menyimbah air antara satu sama lain.

Digelar sebagai pesta air terbesar di dunia, Songkran menarik kedatangan ribuan pelancong dari seluruh dunia.

“Ini kali pertama saya meraikan Songkran. Walaupun sudah tiga tahun menetap di Bangkok, saya tidak berkesempatan untuk menyaksikan sendiri kemeriahan itu sehingga kini. Saya sangat seronok,” kata Shona Griffiths dari England kepada Bernama.

Selain itu, penduduk tempatan juga meraikan Songkran dengan mengunjungi kuil serta melakukan ritual memandikan patung Buddha. 

Perayaan Songkran tahun ini menyaksikan orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikannya bersama ahli keluarga.

Pada tahun ini, sambutan  Songkran lebih meriah dengan anjuran festival muzik hip-hop antarabangsa terkemuka ‘Rolling Loud’ yang akan mengadakan konsert pertamanya di Asia – di Legend Siam di Pattaya pada 13-15 April.

Disokong oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), 'Rolling Loud Thailand 2023' menampilkan Travis Scott, Cardi B dan Chris Brown, termasuk maestro hip-hop Malaysia Johan Ishak a.k.a. Joe Flizzow, penyanyi rap Thailand MILLI, penyanyi rap yang juga penerbit Taiwan J. Sheon dan penyanyi rap Amerika Blueface. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ancaman Bom: Penerbangan AirAsia Dari Krabi Ditangguh Lebih 4 Jam

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak Rakyat Malaysia Serah Diri Kepada Polis Thailand

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pertempuran Di Myanmar Perlu Dihentikan, Buka Akses Untuk Misi Kemanusiaan - PM

Sorotan

1

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

2

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

3

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

4

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

5

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

6

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PH Lancar Manifesto ‘Johor Untuk Semua’, Sasar 250,000 Pekerjaan Baharu Bergaji Tinggi

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengampunan Terhadap Jho Low Oleh AS Tak Jejas Pendirian Malaysia - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Khianat Bahan Kempen: Polis Johor Buka 8 Kertas Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad