web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Trend Beli Haiwan Peliharaan Melalui Kotak Misteri Cetus Kontroversi

Luar Negara Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2021 2:41PM

Anak anjing ini merupakan salah seekor daripada 156 anak kucing dan anjing yang ditemui di dalam kotak misteri di Chengdu, Sichuan, China, pada 3 Mei 2021. - Gambar Henan Legal Daily

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING – Trend membeli haiwan peliharaan melalui “kotak misteri” telah mencetuskan kontroversi di Cina susulan penemuan bangkai anak kucing dan anjing di dalam sebuah trak kurier awal minggu ini.

Sisi gelap perniagaan tersebut dibongkarkan oleh sekumpulan sukarelawan di daerah selatan bandar Chengdu yang menemui 160 ekor haiwan kecil yang dibungkus di dalam kotak pada malam Isnin lalu.

Penemuan yang menyayat hati itu dikongsi oleh Pusat Penyelamat Haiwan Chengdu Aizhijia menerusi beberapa hantaran media sosial.

Bagaimanapun ada juga anak-anak kucing dan anjing yang sempat diselamatkan. Kesemuanya telah diberikan rawatan lanjut.

“Kargo hantaran kotak-kotak misteri tersebut bingit dengan bunyi anak kucing dan anjing,” jelas pusat penyelamat haiwan itu dalam salah satu hantarannya.

Ratusan warga maya negara itu turut mengecam penjualan kotak-kotak misteri berisi haiwan peliharaan tersebut kerana menganggapnya sebagai satu kegilaan yang keterlaluan.

Malah hashtag “haiwan kotak misteri” telah digunapakai oleh 420 juta pengguna media sosial, Weibo, sehingga hari ini, dan ramai yang menyeru pengguna untuk memboikot perniagaan tersebut.

Syarikat kurier yang terlibat telah pun meminta maaf dan menjelaskan bahawa cawangannya yang menguruskan penghantaran kotak misteri tersebut sudah diarahkan untuk melaksanakan pemantauan kendiri yang menyeluruh dan latihan keselamatan postal.

Bagaimanapun, penghantaran haiwan hidup samada secara postal ataupun kurier adalah tidak dibenarkan oleh undang-undang negara China. - AFP

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran