web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekurang-Kurangnya 25 Terbunuh Apabila Taufan Badai Mississippi

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2023 11:46AM

Sementara itu, empat lagi hilang, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi menerusi Twitter pada Sabtu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA - Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kejadian puting beliung di negeri Mississippi pada lewat Jumaat.

Sementara itu, empat lagi hilang, lapor Agensi Anadolu memetik kemas kini Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi menerusi Twitter pada Sabtu.

"Pelbagai agensi dan rakan kongsi negeri bekerjasama membantu dalam misi bantuan," menurut agensi itu.

Agensi itu turut memberi amaran mengenai kemungkinan ribut yang lebih kuat serta angin kencang diramal melanda di daerah-daerah di seluruh Mississippi pada petang Ahad.

Gabenor Tate Reeves turut mengisytiharkan darurat di daerah yang dilanda ribut.

"Kami akan memanfaatkan segala sumber yang ada untuk membantu. Kami akan berada di sini untuk tempoh masa yang panjang," ciap Reeves di Twitter.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menulis di Twitter: "Jill dan saya berdoa untuk mereka yang kehilangan orang tersayang dalam puting beliung yang dahsyat di Mississippi dan mereka yang kehilangan orang tersayang."

"Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk membantu. Kami akan bekerjasama untuk memberi sokongan yang anda perlukan selama mana yang diperlukan," tambah Biden. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ini Dah Betul - Betul Macam Dalam 'Movie'!

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Israel 'Tidak Melakukan Secukupnya Untuk Melindungi Pekerja Bantuan' Di Gaza - Biden

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

'Puting Beliung' Landa Lahad Datu, Sabah

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya: Biden Peroleh Cukup Perwakilan Untuk Jadi Calon Presiden Parti Demokrat

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 29 minit yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad